Trending By: Yanie Baharom November 15, 2018 @ 11:00am

Tunai Permintaan Tunang Juga Mangsa Korban Lion Air, Gadis Ini Bersanding Sendirian. Sedihnya!

Touching-nya membaca luahan wanita ini. Meskipun masih berkabung dan bersedih dengan berita kematian tunangannya yang terbabit dalam nahas pesawat Lion Air terhempas bulan lalu, dia tetap meneruskan rancangan perkahwinan bersendirian bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.

Intan Syari, seorang kakitangan di sebuah hospital berusia 26 tahun, dan pasangannya, Rio Nanda Pratama, seorang doktor mengupah sebuah syarikat pengurusan acara dan memutuskan hari perkahwinan mereka diadakan pada 11 November.

Rio, 26, merupakan antara 189 mangsa nahas pesawat Lion Air penerbangan JT610 yang terhempas 13 minit selepas ia berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan ke Pangkal Pinang. Rio dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu persidangan di Jakarta.

Foto: usatoday.com

Intan menerusi coretan di akaun Instagramnya @instansyarii memberitahu, sebelum pergi ke Jakarta untuk menghadiri persidangan, Rio bergurau memberitahu:

“Jika saya tak pulang pada 11 November, teruskan pakai baju pengantin yang saya pilihkan untuk awak, bersolek cantik-cantik, dapatkan ros putih daripada Sheila (penganjur perkahwinan), dan ambil gambar cantik-cantik. Kemudian hantar gambar-gambar itu kepada saya.”

Gambar-gambar Intan pada majlis perkahwinan 11 November lalu, menunjukkan dia memakai baju pengantin dan berhijab putih, sambil memegang sejambak ros putih, tular di media sosial di Indonesia.

Salah satu gambar memaparkan Intan menunjukkan cincin perkahwinannya.

“Ada kesedihan yang tak dapat saya perjelaskan, tetapi saya ada senyuman buat kami. Saya tidak seharusnya berduka. Saya perlu tabah seperti yang sering kamu beritahu saya,” tambah Intan.

Menerusi satu posting yang dimuat naik gambar bersama adik-beradik Rio, Intan berkata: “Walaupun anda tidak berada di sisi saya, adik-beradik kamu ada bersama saya untuk memenuhi permintaan terakhir kamu yang cukup indah. Saya tahu kamu gembira di atas sana…”

Bercakap kepada The Straits Times, Intan berkata, Rio adalah seorang doktor di hospital Bakti Timah, di Pangkal Pinang, sementara dia bertugas di jabatan kewangan.

“Dia seorang yang baik dan sentiasa mahu membantu pesakit. Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa di dunia ini tiada yang kekal,” kata Intan. 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 31 Oct 2018

史上最梦幻婚礼!新娘坐上250颗白色气球升空

婚礼对不少女生来说,都是人生中最重要也最憧憬的时刻之一,总有不少爱浪漫的女生,都会特别期待一场令人永生难忘的特别婚礼!

Trending Tue, 22 Oct 2019
Trending Wed, 27 Jan 2021

Bayaran BPN 2.0 Ambil Masa Seminggu Untuk Dikreditkan – MOF

Mohon bersabar demi kebijakan rakyat bersama ❤️

Trending Mon, 21 Dec 2020
Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak

Featured Wed, 26 May 2021

Netizen Dakwa Eina Azman & Suami Potong Barisan Vaksin

Tular di laman sosial apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik beberapa gambar dan status yang mengesahkan dia dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah menerima vaksin di Hospital Bainun, Perak semalam. Pasangan […]

Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).