Trending By: Salma Syahbuddin July 14, 2021 @ 4:29pm

Tutup Kilang Bukan Penyelesaian Yang Wajar Penurunan Kes Covid-19

Tindakan menutup kilang bagi menangani pandemik COVID-19 bukanlah penyelesaian yang wajar malah ia akan merugikan ekonomi negara, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai, memaklumkan semua pihak perlu memahami sumbangan industri pembuatan kepada ekonomi Malaysia selama ini.

Menurutnya, jika semua kilang terpaksa ditutup, ia akan memberi impak yang hebat kepada ekonomi dan pekerjaan.

“Sebagai pemangkin pertumbuhan negara dengan sumbangan sekitar 23 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), serta 86 peratus daripada jumlah eksport, sangat jelas bahawa sektor pembuatan mesti dibenarkan terus beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, beliau turut menegaskan berdasarkan analisis FMM mengenai data rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dari 1 Jun sehingga 12 Julai 2021, kes baru berdasarkan kluster adalah antara satu hingga 17 peratus daripada keseluruhan kes harian.

Dan ia sangat jelas bahawa kes jangkitan harian disebabkan kluster pembuatan adalah rendah.

“Walaupun harus diakui bahawa risiko jangkitan kilang tidak dapat dielakkan sepenuhnya ketika ini dengan peratusan kes sporadik yang tinggi dan virus yang sudah merebak di kalangan masyarakat. Namun, dakwaan kegagalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan setiap kilang adalah kesimpulan yang sangat tidak adil.”

Ini kerana, peningkatan kes sporadik menangani jangkitan ke kilang atau asrama menjadi lebih sukar untuk industri walaupun terdapat SOP dan langkah pencegahan ketat.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Nov 2020
Trending Wed, 23 Jan 2019

只要2张色纸!手作财神爷完整教学

财神到!财神到!财神到你家的大门口~

Featured Fri, 10 Mar 2023

“Dia Dimaki & Dipijak Seperti Tiada Maruah!” – Berang Anak Ditindas, Ibu Shuib Dedah Perkara Sebenar 

Hmmm… pasti akan ada dua sisi cerita yang berbeza, apapun jangan terus menghukum ok guys 🫶🏻

Trending Sun, 10 Jun 2018

Cef Selebriti Anthony Bourdain Ditemui Mati Akibat Bunuh Diri

Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

Featured Sat, 28 Jan 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Sun, 11 Jun 2023

Disney In Concert: Live Your Dream Bakal Diadakan Di Genting Highlands!

Wahh Disney In Concert akan datang lagi Julai ni! 😍

Trending Tue, 30 Jan 2018

180公分最萌身高差!最高男与最矮女「世纪同框」

全球最高男性和最矮的女性在埃及金字塔前见面了!金氏世界纪录「最高男性」的保持者苏丹.科塞(Sultan Kosen)和全球最娇小女性的乔蒂.阿姆奇(Jyoti Amge)日前在埃及观光局邀请下,一同现身在吉萨大金字塔(Giza pyramids)前,两人身高差距达180多公分,让整个画面既震撼又有趣,堪称是最「萌」身高差。

Trending Tue, 7 Apr 2020
error: Content is protected !!