Trending By: Salma Syahbuddin July 13, 2022 @ 9:09pm

“Tutup Terus Pusat Komedi Itu… Saya Tidak Sependapat” – Syamsul Yusof Saran Beri Amaran Keras & Undang-Undang Diperketat

Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof dilihat memberikan pendapatnya mengenai isu yang sedang tular berkaitan seorang pelawak yang dilihat seolah-olah mencabar agama.

Menurut Syamsul menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, beliau menyarankan agar pihak berwajib memperketatkan undang-undang selain perlu serius terhadap isu ini agar tidak berulang kembali.

Meskipun pendapat yang diberikan tidak sama seperti segelintir rakan selebriti yang lain namun,  Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 37, mengakui perkara ini masih boleh dibincangkan dengan cara baik.

“Mungkin saya tidak sependapat tentang cadangan untuk menutup terus Crackhouse Comedy Club dan masih boleh dibincangkan.

“Namun, amaran keras dan undang-undang harus diperketat.

“Jabatan agama dan pihak berwajib termasuk para pemimpin perlu serius dalam menangani isu tersebut daripada terus berlarutan tentang menghina agama Islam,”tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Terdahulu, beberapa rakan selebriti seperti Datuk Afdlin Shauki, Shahrol Shiro dan Sharifah Amani  turut menyuarakan pandangan mereka berhubung isu viral ini.

Untuk rekod, Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan sesama Islam.

Bagaimanapun, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Mon, 8 Jan 2024
Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]