Trending By: SGMS Enal July 11, 2019 @ 1:39pm

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

 Rang undang-undang baharu berkaitan kawalan pengunaan rokok elektronik atau vape dan sisha dijangka dibentang di Parlimen pada akhir tahun ini atau sesi tahun depan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata jawatankuasa khas berkaitan isu itu yang dipengerusikan olehnya ketika ini sedang merangka undang-undang baharu berkenaan memandangkan pihaknya masih memerlukan pandangan semua pihak termasuk penglibatan pemegang taruh.

“Jawatankuasa khas ini baharu diwujudkan minggu lepas dan kami akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

“Kita tahu bahawa 90 peratus daripada kandungan cecair vape mengandungi nikotin yang boleh menyebabkan ketagihan kepada bahan tersebut.

“Apa yang kita lihat, pengguna vape pada mulanya menganggap menghisap vape sebagai satu trend namun ketagihan itu dibimbangi mampu mendorong pula untuk bertukar kepada menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara memberus gigi beramai-ramai secara berirama di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas berkenaan untuk merumus kaedah kawalan terhadap penggunaan rokok elektronik.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 7 Sep 2020
Trending Thu, 10 Mar 2022

“Orang Tanya Bila Saya Nak Meminang Dia?” – Hanya Kawan, Alha Alfa Tak Kekok Dikaitkan Dengan Zara Zya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Alha Alfa, 34, mengakui dia sudah lama menjalin persahabatan dengan pelakon Zara Zya. Menurut jurusolek popular ini, dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip hubungan mereka boleh tercetus dan mendapat perhatian netizen. […]

Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Trending Mon, 24 Jul 2023