Trending By: SGMS Faida April 16, 2018 @ 4:58am

Untuk Masa Depan, NASA Cari Planet Tampung Hidupan

Bagi meluaskan pencarian planet berhampiran bumi yang mungkin menampung hidupan, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bersedia melancarkan kapal angkasa bersaiz mesin basuh bernilai AS$337 juta (RM1.31 bilion). Wow, jumlah angka yang amat besar tu! 

Satelit Peninjau Transit Exoplanet atau TESS, dijadualkan dilancarkan hari ini jam 6.32 petang waktu tempatan di atas roket pelancar Falcon 9 SpaceX dari Cape Canaveral, Florida.

Matlamat utamanya untuk dua tahun akan datang ialah mengimbas lebih 200,000 bintang paling terang bagi kewujudan planet yang mengelilinginya dan berkelip secara terang dikenali sebagai transit.

NASA meramalkan, TESS akan menemui 20,000 exoplanet atau planet di luar sistem suria, termasuk lebih 50 bersaiz Bumi dan sehingga 500 lain kurang dua kali ganda saiz Bumi.

“Ia akan mengorbit bintang paling terang terhampir. Kita mungkin menemui planet yang mengorbit bintang dan boleh dilihat dengan mata kasar.

“Jadi untuk beberapa tahun akan datang, kita mungkin boleh berjalan dan menuding ke arah bintang yang memiliki planet. Ini adalah masa depan,” kata saintis TESS di Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard, NASA, Elisa Quintana kepada media semalam.

TESS direka susulan misi kapal angkasa lepas Kepler, kali pertama jenisnya dilancarkan pada 2009. Kapal angkasa berusia itu kini kehabisan bahan api dan bakal tamat operasi.

Kepler menemui kumpulan besar exoplanet dengan memfokuskan satu bahagian langit yang mengandungi kira-kira 150,000 bintang seperti matahari.

Misi Kepler menemui 2,300 exoplanet disahkan dan ribuan lagi calon planet namun kebanyakannya terlalu jauh dan malap untuk dikaji dengan lanjut.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Akhirnya Mayat Mangsa Lemas Tiga Beradik Ditemui

Kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan. Al-Fatihah

Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Cahaya Mata Thu, 14 Jul 2022

“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Alahai, beruntungnya Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sayang macam anak sendiri.. Alhamdulillah, ini pun salah satu rezeki indah juga kan 🥺🥰

Featured Fri, 2 Sep 2022

Zaidi Omar Dedah Rahsia Kekal Sihat Di Usia 64 Tahun

Patutlah nampak muda dan sihat je selalu.. Boleh amalkan petua ni 😁

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Featured Wed, 17 May 2023

[VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Sorong Anak Di Meja Makan & Panggil Nama Penuh Ibu Mentua Buat Ramai Berdekah!

Kalau tak riuh sekampung bukan adik-beradik The Melvin’s lah kan😂😂😂😂