Featured By: Attiqah Mohd February 26, 2021 @ 4:23pm

Upacara Perkahwinan Bukan Islam Kini Dibenarkan Di Kawasan PKP, PKPB Dan PKPP

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan upacara perkahwinan bukan Islam kini dibenarkan di , rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Keputusan itu dipersetujui kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

“Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 9 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagaimanapun, upacara perkahwinan di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD) adalah masih tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.

Kredit foto: Kosmo

Antara SOP yang ditambah baik ialah berkaitan kapasiti kehadiran semasa upacara pendaftaran perkahwinan iaitu maksimum 10 orang termasuk pendaftar bagi pendaftaran perkahwinan sivil untuk upacara di JPN dalam kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Bagi kapasiti kehadiran untuk upacara perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam oleh Penolong Pendaftaran Perkahwinan (PPP), maksimum 10 orang bagi kawasan PKP, maksimum 20 orang bagi PKPB dan maksimum 30 orang bagi PKPP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Mon, 27 Jun 2022
Featured Fri, 19 May 2023
Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Trending Wed, 14 Nov 2018

Jijiknya! Guru Dipenjara 10 Tahun Selepas Raba Kemaluan Pelajar

Dia yang akan bersara tidak lama lagi bakal hilang kelayakan wang pencen.

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Beri Saya Ruang…” – Neelofa Respons Dakwaan Kahwin Langgar SOP & Berbulan Madu Di Langkawi

Pengacara dan usawahan popular, Neelofa menjawab dakwaan yang mengatakan dia dan suami, pendakwah selebriti, Haris Ismail dan PU Riz melanggar prosedur operasi standard (SOP). Majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, […]

Trending Sun, 13 Oct 2019

Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah

Netizen Berang Dengan Pelaku Zalim Buang Anak