Trending By: Salma Syahbuddin April 28, 2021 @ 4:25pm

UPSR Dimansuhkan, PT3 Batal Untuk Tahun Ini, Jom Semak Jadual Sesi Persekolahan Di Rumah & Tarikh Kemasukan Sekolah Selepas Aidilfitri

Memandangkan kluster pendidikan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selepas cuti perayaan tamat.

Malah, pelaksanaan ini akan berjalan selama 2 minggu selepas sambutan Aidilfitri.

Justeru itu, ibu bapa diminta untuk mengambil perhatian dengan jadual sesi persekolahan PdPR selepas cuti raya  dan tarikh kemasukan semula ke sekolah.

Cuti peristiwa & Cuti ganti

Seperti semua maklum, cuti bagi Hari Raya akan bermula pada 11 Mei 2021 dan KPM telah membuat penetapan bahawa;

  • Kumpulan A

– Cuti peristiwa dan cuti ganti adalah pada 9 & 10 Mei 2021

  • Kumpulan B

-Cuti peristiwa dan cuti ganti adalah pada 10 Mei 2021

Oleh yang demikian, tarikh cuti adalah seperti berikut;

  • Kumpulan A

-Bercuti mulai 7 Mei sehingga 15 Mei 2021

  • Kumpulan B

-Bercuti pada 8 Mei sehingga 16 Mei 2021

 

Tarikh Pelaksanaan PdPR

Manakala pelaksanaan pembelajaran dari rumah yang akan dijalankan selepas cuti perayaan selama 2 minggu ini ialah pada;

  • Kumpulan A -16 Mei sehingga 27 Mei 2021
  • Kumpulan B – 17 Mei sehingga 28 Mei 2021

Selain itu, pelajar juga akan meneruskan cuti penggal pada;

  • Kumpulan A – 28 Mei hingga 12 Jun 2021
  • Kumpulan B – 29 Mei hingga 13 Jun 2021

Tarikh kemasukan semula ke sekolah

Bagaimanapun pelajar akan meneruskan pembelajaran di sekolah semula selepas cuti penggal sekiranya tiada sebarang perubahan daripada pihak KPM. Dan, tarikh kemasukan semula ke sekolah adalah pada;

  1. Kumpulan A – 13 Jun 2021
  2. Kumpulan B – 14 Jun 2021

Terkini, menerusi sidang media khas yang berlangsung menerusi siaran LIVE di Facebook,  Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan kerajaan memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021. Manakala, penilaian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada untuk tahun ini juga akan dibatalkan.

 

Sumber : Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Sep 2019

‘Disambut’ Dengan Balingan Objek Pada Penyokong Harimau Malaya

Risaunya sebab tujuan untuk bermain bola sepak tetapi jadi huru-hara pula

Trending Fri, 25 Dec 2020
Hiburan Fri, 28 Jul 2023
Featured Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Siapalah Kata Mereka Cerai?” – Solat Jemaah Bersama, Noor Nabila Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Engku Emran Masih Baik

Segala kontroversi telahpun terjawab. Pasangan bahagia ni elok je tunai solat jemaah bersama-sama. Tapi comel Jebat Jayden niii, gerammm je!

Featured Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab