Trending By: Padin April 7, 2021 @ 12:27pm

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun.

Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat.

Malah, Fhan, 31, atau nama sebenarnya Muhammad Farhan Alias menganggap dalam bidang muzik ini seseorang itu boleh berkarya pada bila-bila masa saja.

Buktinya, selepas muncul dengan dua single iaitu Bertahan pada Oktober dan Terbang Tinggi pada Disember tahun lalu, Fhan kini muncul dengan single Terang yang sudah dilancarkan sejak 5 Mac lalu.

Menariknya, menerusi lagu ciptaan Lucka Sickta dan lirik oleh Asyraf Nasir, Lucka Sickta dan Han Kabir itu, Fahn berkolaborasi dengan Bella Iris.

“Bagi saya untuk berkarya tak semestinya usia muda. Berkarya bila-bila saja boleh. Sebab saya nak ekspresikan perasaan dan mesej dalam lagu untuk beri motivasi kepada pendengar dan nak beritahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam erti kata lain nak mendidik mereka menerusi lagu.

“Sebab itu menerusi lagu pertama dan kedua lebih kepada mesej situasi yang dihadapi dalam negara sekarang iaitu lagu Bertahan lebih kepada situasi Covid-19 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pertama tahun lalu dan Terbang Tinggi pula khas untuk mereka yang terbabit dalam bidang penerbangan yang terkesan.

“Sementara single terbaharu Terang ini pula didedikasikan kepada semua untuk mencapai lebih baik dalam kehidupan di mana kena berusaha, tapi dalam perjalanann itu akan berdepan cabaran. Apa-apa pun jangan putus asa. Jadi, bagi saya pekerja apa pun kena ada usaha dan matlamat,” katanya.

Fhan berkata, lagu Terang itu sedikit sebanyak diambil daripada pengalaman yang melalui liku liku dan jatuh bangun dalam kehidupan termasuk perniaagaan diusahakan.

“Lagu terang ini juga berdasarkan pengalaman saya yang mana pernah melalui liku-liku kehidupan turun dan naik dalam kerjaya. Sebab saya buat banyak kerja bukan saja terbabit dalam bidang muzik tapi juga sebagai jurugambar, juruvideo dan pereka hiasan dalaman. Pendek kata pelbagai kepakaran.

“Kiranya, insiden kena tipu adalah biasa seperti klien tak nak bayar walaupun kerja sudah disiapkan. Perkara seperti ini yang buatkan saya tampil dengan lagu Terang. Walaupun sudah terkena, tapi jangan putus asa, sebab terang akan datang,” katanya.

Fhan yang turut mempunyai syarikat hiasan dalaman, Petapattern Studio sejak empat tahun lalu berkata sudah pernah ditipu puluhan ribu ringgit.
“Soal kena tipu dalam perniagaan ini sudah banyak kali terkena mencecah puluhan ribu juga. Namun, ini semua mematangkan saya untuk lebih kenal kehidupan. Ada juga jumpa orang yang hanya pandai sembang, tapi akhirnya dia ‘sapu’ sendiri. Orang seperti Ini buatkan saya lebih berhati-hati dalam nak bekerjasama, berkawan dan sebagainya.

“Sejak menubuhkan syarikat hiasan dalaman ini diakui perlukan pelaburan besar. Alhamdulillah, melihatkan hasilnya sekarang saya berasa berbaloi dan boleh nampak peningkatan. Ia semua berkat usaha dan tak putus asa. Bermula dengan kecil-kecil, syukur sehingga sekarang sudah ada klien membabitkan projek besar,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya muzik, Fhan yang meminati genre Hip Hop menjadikan legenda duo rapper, Too Phat sebagai idola selain beberapa bintang rapper antarabangsa lain.

“Saya minat rap sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu saya memang layan lagu-lagu Too Phat. Kiranya rap dekat dengan jiwa saya. Bukan apa, apabila menjadi rapper kita boleh bercerita dan ekspresi perasaan menerusi lirik lagu itu.

“Saya menganggap menjadi rapper ini adalah bakat semulajadi begitu juga dengan kerjaya sebagai jurufoto dan juruvideo. Semuanya disebabkan minat dan akhirnya menjadi. Melainkan sebagai pereka hiasan dalaman yang mana saya memang belajar.

“Selain Too Phat, saya juga mengidolakan Altimet selain generasi baru seperti Lucka Sickta. Kalau luar negara seperti Lupe Fiasco,” katanya.

Menurut Fhan, disebabkan minat mendalam itu dia berasakan tidak ada yang mustahil untuk dirinya terus melangkah jauh dalam bidang muzik biarpun perlu bersaing dengan penyanyi atau rapper muda.

“Menjadi orang yang memiliki kebolehan pelbagai sangat berbaloi. Inilah usaha saya buat untuk ada kemajuan dalam hidup. Zaman sekarang tak boleh satu benda saja, sebab tak tahu mana bidang yang akan pergi. Semua benda yang kita buat akan ada percaturan yang Allah dah letak.

“Masuk bidang muzik, saya nak membina nama dan sampaikan mesej dalam lagu untuk orang dekat dengan bisnes dan karya saya. Dalam soal persaingan, bukan lebih persaingan tapi lebih kepada mesej apa yang nak disampaikan. Rapper lain bukan pesaing kerana setiap orang ada kelebihan dan keunikan masing-masing.

“Disebabkan muzik adalah minat saya, saya menyasarkan setiap tahun akan ada beberapa lagu,” katanya.

Lagu Terang sudah boleh distrim dan didengar di semua pelantar muzik digital dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Sajian Program Menarik Bersempena Dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula

Mari kita mengambil iktibar dan sebarkan semangat juga inspirasi ketika menyambut Bulan Kebangsaan yang istimewa ini. Bersempena dengan Kempen Kita Malaysia #BaikSemula oleh Media Prima Berhad, kami menyajikan pelbagai program inspirasi daripada genre berita, bual […]

Trending Sat, 25 Aug 2018

Horrendous Accident Leaves Couple Hurt but Child Miraculous Unharmed

The couple were rolling around the road after the accident but the child remained on the motorbike as it glided away.

Trending Wed, 1 Jun 2022

“Kenapa Tak Cakap Melayu?” – Shima Anuar Ditegur Netizen ‘Speaking’ Dengan Anak

Shima balas teguran netizen berkaitan selalu ‘speaking’ dengan anak-anaknya.

Hiburan Tue, 31 Oct 2023

Peguam Syamsul Yusof Beri Respons Dakwaan Perceraian Dengan Ira Kazar

Peguam yang pernah mewakili kes perceraian Syamsul Yusof beri penjelasan…