Trending By: Salma Syahbuddin July 5, 2021 @ 7:00pm

Utamakan Pemberian Moratorium Buat Isi Rumah & Bukan Kepada Individu TIADA Tanggungan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpandangan isu penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam perlu dilihat dalam konteks isi rumah, bukannya sebagai individu yang tidak mempunyai tanggungan.

Menurut Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, penjawat awam sememangnya tidak terkesan daripada segi pendapatan. Bagaimanapun daripada sudut isi rumah, hampir 50 peratus pasangan mereka tidak bekerja di sektor kerajaan.

Justeru itu, beliau berpendapat tidak salah jika pihaknya membawa idea dan inisiatif ini kerana golongan penjawat awam juga turut terjejas apabila pasangan masing-masing tidak lagi boleh berniaga, dipotong gaji dan ada yang diberhentikan kerja.

“Kebanyakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melihat daripada kesan langsung kepada isi rumah dan bukannya individu semata-mata,”

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan seorang bekas menteri yang mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Cuepacs menggesa kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melakukan penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam sepertimana yang ditawarkan pelbagai bank swasta.

Tambahnya lagi, kebanyakan penjawat awam memohon pinjaman LPPSA dengan mengemukakan pendapatan bersama pasangan masing-masing bagi membolehkan pembiayaan diluluskan.
“Sekiranya LPPSA membenarkan penangguhan bayaran pinjaman dilakukan, mereka yang terbabit akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan untuk merancang kembali kewangan serta membantu keluarga yang dalam kesusahan,” katanya.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 4 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Latif Romly Pertahan Pingat Emas

Atlet para negara, Abdul Latif Romly, 24, berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi. Latif muncul wira kontinjen Malaysia apabila menjadi penyumbang pingat emas ketiga,

Trending Mon, 25 Jun 2018

MP Wants Malaysians to Marry at 18-Years-Old and Above

She wants to end child marriages.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Trending Fri, 24 Apr 2020
Featured Sun, 20 Feb 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Hiburan Tue, 21 Jun 2022

| Live TV