Trending By: Ad Ops January 26, 2018 @ 8:06pm

Vagina Douching: Selamat Atau Tidak

Douching merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di Malaysia. Bagi mereka yang masih tidak mengetahui apa itu douching, ia diambil daripada perkataan Perancis, ‘douche’ yang bermaksud cuci atau rendam.

Kebanyakan wanita melakukan douching kerana ingin membersihkan bahagian dalam faraj atau vagina dan biasanya mereka menggunakan air yang dicampur dengan cuka, baking soda, ubat-ubatan herba atau bahan kimia.

Ada juga segelintir wanita yang melakukan amalan ini kerana mahu mencuci saki baki darah haid dan sewaktu mengalami keputihan luar biasa. Mereka yakin dengan melakukan douching, ia mampu melegakan kegatalan dan membuatkan mereka merasa lebih bersih. Bukan itu saja, ada juga yang melakukan douching untuk mengelakkan hamil.

Ramai wanita yang tidak menyedari tentang bahaya douching, malah hasil kajian saintifik juga tidak menunjukkan atau menyokong amalan ini. Wanita yang mengamalkan douching berisiko mendapat masalah seperti berikut:-

1. Jangkitan faraj (Bacterial vaginosis)

Douching boleh menganggu keseimbangan flora semulajadi dalam vagina. Perubahan ini menyebabkan flora yang baik seperti lactobasillus mengurang dan memudahkan bakteria lain menyerang permukaan vagina sehingga menyebabkan vagina mengeluarkan cecair atau lendiran yang luar biasa dan berbau busuk. Paling parah, jangkitan kuman juga mampu menyebabkan endometriosis.

2. Kelahiran pramatang

Ibu hamil yang melakukan douching berisiko mengalami kelahiran pramatang. Ini kerana ia dapat merangsang pengecutan otot-otot rahim.

3. Komplikasi kehamilan

Wanita yang gemar melakukan douching lebih dari sekali seminggu lebih sukar untuk hamil dan 76% berisiko mendapat kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy jika hamil.

4. Infamatori pelvis (PID)

PID ialah jangkitan kuman pada rahim (uterus), tiub fallopian dan kalenjar kilang ovari.  Kajian menunjukkan 75% wanita yang mengamalkan douching lebih berisiko untuk mendapat PID berbanding mereka yang tidak melakukan amalan tersebut.

5. Kanser pangkal rahim

Mereka yang mengamalkan douching sekurang-kurangnya sekali seminggu meningkatkan risiko mendapat kanser pangkal rahim.

Justeru, hentikan amalan douching kerana ia satu amalan yang bahaya. Menurut pakar dari American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), memadai membasuh vagina dengan menggunakan air bersih di bahagian luar sahaja tanpa perlu memasukkan ke dalam vagina.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 7 Jan 2023

“Aduh, Mana Nak Cari BF Macam Ni?” – Muat Naik Hasil Suntingan Imran Aqil, Dahlia Razal Buat Netizen Single Rasa Sendu

Pempengaruh Dahlia Rizal berkongsi video hasil suntingan tunangnya, penyampai radio Imran Aqil di akaun TikTok miliknya. @indomie.dComei la dia editkan 🥹🥰 i post ok sayang hehe♬ original sound – Dahlia Rizal Menerusi perkongsian itu, Dahlia

Featured Fri, 6 Mar 2020
Trending Sat, 22 Sep 2018

Caj Sirap Sampai RM18, KPDNKK Serbu Restoran Asam Pedas

Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menyebarkan gambar beserta resit air sirap yang dikenakan caj sebanyak RM18 untuk satu jag di sebuah premis makanan di Melaka Tengah.  Susulan kes ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri

Featured Thu, 5 Jan 2023

Terima Kejutan Sambutan Ulang Tahun , Zahid Hamidi Titip Ucapan Terima Kasih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian umum setelah menerima kejutan ulang tahun yang ke-70 semasa berlangsungnya Mesyuarat Kabinet. @ahmadzahidhamidiPagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi semasa Mesyuarat

Featured Mon, 16 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!