Featured By: Attiqah Mohd May 27, 2021 @ 9:09pm

Vaksin AstraZeneca Tidak Lagi Ditawarkan Secara Sukarela, Akan Kembali Kepada PICK

Berikutan permintaan Vaksin AstraZeneca yang semakin tinggi, kerajaan tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.

“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), slot pendaftaran Vaksin telah habis ditempah dalam masa lebih kurang satu jam selepas dibuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 May 2020

Orked, buatkan kanak-kanak ceria di pagi Lebaran

Perhiasan minimum jadikan si manja tambah manis

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Trending Wed, 4 Nov 2020

Pertimbangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Kita perlu penyelesaian jangka panjang..

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Hiburan Tue, 27 Sep 2022