Trending By: Attiqah Mohd December 30, 2020 @ 2:32pm

Vaksin Covid-19 : Malaysia Berhasrat Tingkat Usaha Dengan UAE

Malaysia berhasrat untuk meningkatkan usaha membangunkan vaksin bersama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menangani pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam temu bual eksklusif dengan Emirates News Agency (WAM), Seri Paduka bertitah UAE menunjukkan bahawa negara itu adalah rakan kepada Malaysia dalam tempoh sukar ini.

Kredit foto: Bernama

“Kedua-dua negara boleh meneroka dan memperhebatkan hubungan dalam bidang pembangunan vaksin COVID-19 dan mengukuhkan kerjasama pasca pandemik antaranya dalam bidang kesihatan, pendidikan, keselamatan makanan, pertanian, teknologi masa depan, tenaga bersih dan boleh diperbaharui, industri halal serta pelancongan,” titah Seri Paduka seperti yang dipetik dalam laporan WAM hari ini.

Al-Sultan Abdullah berada Abu Dhabi, UAE untuk lawatan lima khas lima hari, dan dalam lawatan itu baginda telah mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE serta pegawai-pegawai kanan negara berkenaan. 

Sumber: BH

Kredit foto: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Tue, 25 Jan 2022
Trending Mon, 24 Feb 2020

Korea Selatan Umum Amaran Tertinggi COVID-19 Catat Kenaikan Mendadak

Semoga yang baik-baik sahaja buat seluruh rakyat Korea Selatan

Hiburan Wed, 8 Jun 2022

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah popular, Michael Ang terpaksa ikut selera peminat dalam pemilihan pelakon.

Trending Wed, 12 Jan 2022

Rebut Peluang Jadi Penyampai Radio Fly FM Menerusi Flydol 2022!

Menanam impian dan cita-cita untuk bergelar penyampai radio di stesen Fly FM? Apa lagi, rebut peluang anda dengan menyertai Flydol 2022! Rakam aksi menarik anda sebagai penyampai radio menerusi ‘duet challenge’ Flydol 2022 dalam masa

Featured Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Ilmu & Nasihat, Warganet Beri Penghargaan Kepada Hana Ismail – “Memang Tengah Nangis Ni, Terima Kasih…”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pengacara Hana Ismail yang memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada pengikut di laman TikTok miliknya, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hana memberi semangat kepada mereka yang sedang berada

| Live TV