Trending By: Padin November 9, 2021 @ 5:13pm

Vaksin Ni Untuk Apa? Jom Tengok Apa Penyakit Cegahan Vaksin Yang Boleh Kita Elakkan!

Vaksin sememangnya sudah terbukti berkesan bukan sahaja untuk satu penyakit tapi lebih dari 10 penyakit berjangkit di dunia. Penyakit yang dikatakan tu bukan di negara luar tau, tapi semuanya ada di Malaysia. Ha, jangan ingat penyakit-penyakit berbahaya ni tak masuk kat negara kita ni. Bila dah masuk ke negara kita, semua golongan tak kira umur adalah berisiko tinggi.

Tak percaya? Jom kita tengok list dekat bawah ni, ada yang pernah dengar atau tidak.

Penyakit Tuberkulosis

Pernah dengar tak Vaksin BCG? Bacille Calmette-Guerin atau dikenali sebagai BCG adalah vaksin yang memberi perlindungan terhadap penyakit tuberkulosis / Tibi.

Bahayanya penyakit Tibi ni sebab ia bukan sahaja menyerang paru-paru tapi juga menyerang bahagian lain seperti otak, tulang, kulit, buah pinggang, usus dan kelenjar!

Risiko kematian: Tinggi jika tidak dirawat

Hepatitis B

1 daripada 3 orang dari seluruh dunia pernah dijangkiti Hepatitis B yang boleh disebarkan oleh cecair badan/hubungan seks, berkongsi jarum, tatu, ibu yang berjangkit kepada anak semasa proses kelahiran dan juga dari darah.

Sekiranya bayi dijangkiti, risiko menjadi pembawa adalah 90 – 95% manakala jika dewasa dijangkiti, risiko menjadi pembawa adalah 5 – 10%. Masalah ini boleh menjadi punca kegagalan fungsi hati, sirosis hati dan juga kanser hati. Pasal tulah penting untuk bayi dapat vaksin hepatitis B sejurus selepas lahir!

Risiko kematian: Tinggi jika mendapat komplikasi

Difteria

Penyakit difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan dan boleh menyebarkan jangkitan kepada 6-7 orang lain!

Toksin daripada bakteria difteria ini akan menyebabkan terbentuknya lapisan putih di kerongkong yang akan menebal dan boleh mengakibatkan sesak nafas dan lemas. Ia juga boleh mengakibatkan radang jantung (myocarditis) dan radang saraf (polyneuritis)

Risiko kematian: Tinggi terutama di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

Tetanus

Tetanus atau kancing gigi pula boleh menyebabkan otot koyak, patah tulang, radang paru-paru dan jantung terhenti mengejut. Kelahiran tidak selamat atau bukan oleh kakitangan kesihatan terlatih menyumbang kepada kejadian tetanus di kalangan bayi baru lahir.

Risiko kematian: Tinggi terutamanya dikalangan bayi baru lahir.

Polio

Bagi penyakit polio pula, tiada rawatan spesifik namun ianya boleh dicegah melalui imunisasi. Penyakit ini mudah dijangkiti dengan hanya tersentuh permukaan tercemar atau mengambil air dan makanan yang tercemar dengan najis.

Ia boleh menyebabkan kerosakan saraf atau lumpuh kekal. Pesakit lumpuh boleh maut akibat daripada kelumpuhan otot pernafasan. Kanak-kanak yang mengalami lemah otot atau kelumpuhan secara tiba-tiba perlu dapatkan rawatan segera.

Risiko kematian: Tinggi sekiranya tidak dirawat

Campak (Measles)

Virus campak disebarkan melalui udara, titisan cecair penafasan dan sentuhan langsung. Seorang pesakit campak boleh menjangkiti 12-18 orang lain, terutama yang tiada imunisasi. Komplikasi termasuklah jangkitan telinga, radang paru-paru, cirit-birit, Encephalitis (radang otak).

Risiko kematian: 1 daripada 100 hingga 1000 kanak-kanak yang dijangkiti maut disebabkan komplikasi pernafasan & saraf.

Beguk

Beguk walaupun sering dipandang remeh, ia boleh mengakibatkan komplikasi radang selaput otak, radang otak, penyebab kemandulan, radang pankreas, radang ovari, cacat pendengaran dan juga radang jantung.

Risiko kematian: Rendah tetapi risiko komplikasi serius tinggi

Rubella

Rubella memberikan komplikasi rendah kepada kanak-kanak tetapi jika ibu mengandung dijangkiti, ia boleh menyebabkan keguguran dan kecacatan bayi.

Risiko kematian: Rendah tetapi berbahaya kepada kandungan

Ada banyak lagi penyakit berjangkit lain yang boleh alami kalau tak divaksin. Yang disenaraikan ini sebahagian je tau!

Team OHBulan dan KKM bekerjasama untuk hasilkan satu tinjauan vaksin!

Sebanyak 4,068 responden berjaya direkodkan!

Hasil tinjauan kami yang dibuat pada Oktober lalu* kami mendapati, 78.7% responden tahu apa itu vaksin namun ada yang masih samar-samar akan kepentingan vaksin untuk kanak-kanak.

Anda boleh rujuk keputusan penuh tinjauan tersebut dibawah:

*Rujuk artikel survey: [SURVEY] Jom Jawab Survey Ni Untuk Uji Sejauh Mana Tahu Pasal Vaksin!

62% responden daripada kalangan pembaca OHBULAN bersetuju bahawa kanak-kanak perlu divaksin

Namun, 892 daripada 4,068 responden daripada kalangan pembaca OHBULAN masih lagi tidak bersetuju manakala 17.8% masih was-was lagi dengan keberkesanan vaksin terhadap kanak-kanak.

Tujuan vaksin diberikan sebenarnya untuk melindungi anak daripada penyakit cegahan vaksin yang boleh membawa kepada kecacatan kekal dan maut.

Sebanyak 90.3% tahu kategori kanak-kanak yang tidak boleh divaksin

Manakala 97.2% akan bawa anak ke klinik dengan segera serta laporkan kepada anggota kesihatan atau membuat laporan online sekiranya anak mereka menunjukkan kesan selepas menerima vaksin.

Berdasarkan tinjauan tersebut, boleh dikatakan 91.8% daripada yang menjawab survey ni telah menyesuaikan diri dengan norma baharu dan faham prosedur untuk dilakukan jika ingin membuat janji temu imunisasi.

Rakyat Malaysia kini peka akan kepentingan vaksin!

Sejak COVID-19 melanda negara, rakyat Malaysia kian peka betapa pentingnya vaksin bukan sahaja untuk orang dewasa tapi juga untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak divaksin daripada kecil akan lebih berisiko tinggi untuk terdedah kepada bahaya dijangkiti penyakit berjangkit lebih daripada kanak-kanak yang divaksin.

Jadi, pastikan anak menerima vaksin supaya mereka boleh terhindar daripada penyakit berjangkit ni dan boleh terokai dunia dengan lebih berani! Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi kanak-kanak boleh tekan dekat SINI!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Apr 2021
Trending Wed, 6 Dec 2017

Kalah Dalam Perlawanan, Anjing Dihempas Tuannya Sampai Mati

Hanya kerana meletakan pertaruhan besar ke atas anjing tersebut dan ia kalah dibunuh dan dihempas hingga mati

Trending Mon, 20 Aug 2018
Trending Tue, 20 Oct 2020

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Take note korang yang nak nikah dekat Selangor tu..

Trending Thu, 18 Mar 2021

Kerajaan Tidak Bercadang Perkenal Cukai Baharu – Tengku Zafrul

Kerajaan tertumpu untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara…

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anak Fasha Sandha Menangis Kerana Inginkan Ibunya Kahwin Lagi

Fasha kongsi video gelagat anak sulungnya menangis mahukan dia berkahwin di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Trending Wed, 21 Apr 2021

“Berikan Ruang…” – Sajat Jadi Buruan Pihak Berkuasa, Aliff Syukri Mohon Hentikan Kutukan

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat rakannya, Nur Sajat yang kini menjadi buruan pihak berkuasa. Pelantun lagu Abang Nak Tegur itu turut meminta agar orang ramai […]

Trending Tue, 10 Jul 2018

Lebanese Jeweller is Suing Rosmah for RM59.8 Million!

Where is she going to get the money to pay back the jeweller?

Trending Mon, 13 Aug 2018

女探险修道院!照片惊见「他」站窗边

农历7月鬼门开,不只在东方,连西方的「阿飘」也出来放风?

| Live TV