Trending By: Yanie Baharom January 7, 2019 @ 11:00am

Vespa Buruk, Peneman Setia Merpati Dua Sejoli Hingga Ke Indochina

Siapa sangka vespa tua yang sering dipanggil besi buruk ini membuatkan seorang wanita terbuka hati untuk menerima lamaran mendirikan rumah tangga.

Malah Nurrashidah Roslan, 23, memberitahu dia tidak menyangka beberapa siri perjalanan menunggang vespa bersama rakan-rakan lain juga akhirnya membentuk keserasian bersama suaminya, Mohd Shafiriey Husin, 30.

“Kami berkenalan melalui media sosial. Asalnya kami berkawan kemudian dia ajak saya keluar. Masa mula-mula pun dia dah bawa saya keluar naik vespa. Vespa dia yang paling buruk sekali.

First trip kami ke Bukit Fraser. Sejak itu wujud persefahaman antara kami dan cinta mula berputik.

“Dalam tempoh berkenalan sebulan sahaja, dia terus ajak saya kahwin,” katanya ketika ditemubual sebuah web portal.

Foto: mStar

Bercerita lanjut, Nurrashidah atau lebih mesra disapa Shidah berkata, kembara menaiki vespa bersama suami membuatkan dia meminati dunia permotoran dan tidak kisah untuk membonceng motosikal buruk sambil melihat dunia luar.

“Setiap masa saya tertunggu-tunggu dia ajak saya pergi menunggang vespa. Saya memang suka berjalan tapi kini lebih suka naik motor berbanding kereta.

“Bila sudah berkahwin ni, saya suggest tempat-tempat untuk kami pergi. Saya tak akan berhenti buat aktiviti ini selagi belum mengandung.

Trip motosikal seperti ini bukan untuk suka-suka sebaliknya mengajar kami untuk bertolak-ansur dan erti kesabaran,” katanya.

Kisah pasangan suami isteri ini menjelajah menggunakan vespa Sprint 150 keluaran 1973 menjadi perhatian di laman sosial apabila mereka berjaya membelanjakan hanya RM3,000 sepanjang tiga minggu perjalanan ke Indochina.

Vespa Sprint 150 keluaran 1973 ini membawa Shafiriey dan Nurrashidah menjelajah sejauh lebih 4,000 kilometer.

 

Sumber video: YouTube

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Wed, 9 Oct 2019

Neeta and Hanbyul Hugging Made Netizens Uncomfortable

Netizens got weird out by Neeta and Hanbyul hugging, but didn’t bat an eye when Muslim actors and actresses do so in dramas.

Trending Mon, 18 May 2020
Trending Mon, 22 Feb 2021
Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Trending Wed, 8 Jul 2020
Trending Sat, 26 Jan 2019

《辛普森》恶搞复仇者联盟!萨诺斯弹指后剩下「她」

近日《辛普森家庭》也跟上《复仇者联盟》的趋势,让反派角色萨诺斯入镜,幽默的剧情让罗素兄弟也分享了呢!

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua Sekolah Rendah Akan Dibuka Hujung September Ini

Akan ada waktu persekolahan yang baru okay!

| Live TV