Categories: Trending

[VIDEO] “Bang, Tukar Tong Tu..” – Peniaga Simpan Sos Ayam Percik Dalam Tong Sampah, Netizen ‘Kembang Tekak’

Sudah terlalu banyak rungutan terhadap peniaga bazar Ramadan, bukan sahaja harga makanan yang mahal bahkan kualiti dan kebersihan tidak memuaskan.

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian Instagram mengenai ayam percik yang dijual di sebuah bazar Ramadan.

Video berkenaan dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan gerai makanan tersebut, malah netizen lebih tertarik dengan cara penyediaannya.

Menerusi video terbabit, seorang peniaga dilihat menggunakan bekas tong sampah sebagai tempat simpan sos ayam percik.

Jika diteliti pada ruangan komen, netizen ‘kembang tekak’ melihat peralatan yang digunakan untuk memasak makanan berkenaan.

“Kembang tekak nak beli pakai tong sampah, pakailah tong lain. Dah terbiasa tong tu letak sampah. Ye tahu tu tong baru.

“Aduh, bersepah tong jenis lain kat luar sana, kenapalah tong sampah juga dia guna. Tong tu khas untuk letak sampah pakcik. Pakcik ingat cuci bersih-bersih, bahan kimia yang dipakai buat tong tu akan hilang ke,” ujar warganet.

Nurul Hana