Categories: Trending

[VIDEO] Berhenti Tengah Jalan, Kereta Lamborghini Syamsul Yusof Berasap?

Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mencuri perhatian orang ramai apabila dilihat kereta mewah jenis Lamborghini dipercayai miliknya berasap di tengah jalan.

Menerusi perkongsian @cmfavorite atau Syaza di TikTok, kereta berwarna kuning emas tersebut kemungkinan berlaku kerosakan.

Turut kelihatan Syamsul keluar daripada kereta dan berjalan ke tempat duduk penumpang untuk mengenal pasti punca kerosakan.

“Lamborghini abang Sol (panggilan mesra Syamsul) berasap ke tu?,” ujarnya.

@cmfavorite♬ original sound – syaza

Meninjau di ruangan komen, ada yang mengatakan asap itu merupakan salah satu babak di dalam filem terbaharunya namun ada juga yang mengatakan ia benar berlaku.

“Tajuk apa pulak filem ni.

“Shooting tu.

“Bukan shooting ni. Memang real. Cara orang ramai tengok macam terkejut,” komen netizen.

Sekadar info, filem terbaharunya iaitu The Original Gangster kini masih menjalani penggambaran.

Maya Basir