Trending By: SGMS Faida October 25, 2018 @ 4:30am

Video Kanak- Kanak Digilis Van Curi Tumpuan Netizen

Gara- gara tidak sedar kanak-kanak sedang melintas di hadapan van, seorang pemandu tanpa sengaja melanggar kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan maut.

Kejadian ‘ngeri’ itu dilaporkan berlaku di Taman Tun Aminah, dekat sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pada kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van untuk ke rumah neneknya.

” Kemalangan berlaku ketika kanak-kanak itu melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van tersebut untuk ke rumah neneknya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun telah membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.

” Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia. Semasa kejadian, van turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Taib.

Pemandu itu kemudiannya ditahan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video berdurasi 13 saat yang menunjukkan kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan menjadi viral di media sosial hari ini.-BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 May 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022
Featured Fri, 15 Jul 2022
Trending Fri, 10 Jul 2020
Trending Mon, 11 Apr 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Tolonglah Cabar Saya” – Taufiq Hanafi Mahu Bawa Watak Berbeza

Meskipun sudah bertapak agak lama didalam industri seni tempatan, pelakon aksi, Taufiq Hanafi, menginginkan satu cabaran untuk membuktikan kepada penonton bahawa dirinya juga merupakan seorang pelakon versatil. Memetik laporan mStar, Taufiq mahu membuang stereotaip yang […]