Trending By: Aisyah Badrul May 21, 2020 @ 2:02pm

[VIDEO] Kolaborasi Faizal Tahir, TV3 Dan Faithmen Lakukan Kerja Amal Atas Talian Sentuh Emosi Netizen

Tidak dinafikan, sejak penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia bukan saja perlu berhadapan dengan masalah wang dan pekerjaan, malah mereka juga mengalami tekanan emosi untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi bagi golongan yang kurang upaya.

Para sukarelawan yang rela berkorban membantu golongan yang lebih memerlukan wajar diberi penghargaan kerana mereka juga perlu berkorban masa dan kehidupan mereka untuk memastikan keselesaan hidup orang lain.

Inisiatif amal TV3, Faizal Tahir dan Faithmen

Baru-baru ini, pihak TV3 dan #iamFaithmen berganding bahu memberi sokongan moral dan menyuntik semangat positif kepada golongan ini dengn cara melakukan panggilan video untuk melihat, mendengar dan menyelami perasaan serta emosi mereka. 

Penyanyi Faizal Tahir telah berkongsi pengalaman TV3 dan #iamFaithmen melakukan kerja-kerja amal dalam tempoh PKP melalui panggilan video. Menerusi video ini, kita juga dapat mengetahui kisah-kisah diceritakan oleh golongan kurang upaya dan para sukarelawan yang sangat menyentuh emosi .

4 klip video telah  dihasilkan untuk memaparkan inisiatif amal TV3 bersama dengan #iamFaithmen. Korang boleh saksikan video tersebut di laman media sosial Facebook dan IGTV TV3 atau di bawah ini.

"Tok Nek..kenapa Tok Nek menangis.."

"Tok Nek..kenapa Tok Nek menangis.."…Mereka tidak bersendiri, akan pasti ada jalan untuk kita menyantuni. Dengan ikhlas dan rendah diri, mari kita teruskan mengukir senyum mereka agar cahaya akan bersinar kembali.#SetulusIkhlas #RamadanMasihON #RayaMasihON

Posted by TV3 Malaysia on Sunday, 10 May 2020
Setulus Ikhlas : Memberi Inspirasi

“..saya buat untuk satu legasi untuk kita semua, untuk saya juga..semua akan mengalami tua..”..Semoga perngorbanan mereka memberi inspirasi untuk kita saling membantu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan.Ramadan kali ini, TV3 dan iamFaithmen bekerjasama menjalankan aktiviti membantu secara atas talian.#SetulusIkhlas #RamadanMasihON #RayaMasihON

Posted by TV3 Malaysia on Thursday, 14 May 2020
Terima Kasih pada anda kerana..

“…title pekerjaan tu tak penting sebenarnya..janji kita buat benda yang memberi manfaat kepada semua orang..”…Lebaran kali ini, TV3 dan iamFaithmen merakamkan setinggi penghargaan buat semua ahli barisan hadapan yang berkorban demi kita semua #SetulusIkhlas#RamadanMasihON#RayaMasihON

Posted by TV3 Malaysia on Tuesday, 19 May 2020
Kerana anda, kami percaya esok akan..

Terima kasih untuk “Keberanian..Ketulusan Hati dan Keikhlasan Memberi..”Kerana anda, kami percaya hari esok akan kembali bersinar #SetulusIkhlas…Lebaran kali ini, TV3 dan iamFaithmen merakamkan setinggi penghargaan buat semua ahli barisan hadapan yang berkorban demi kita semua #RamadanMasihON #RayaMasihON

Posted by TV3 Malaysia on Friday, 22 May 2020

Dalam kesukaran kita mengadaptasi norma baru ketika ini, masih ramai lagi golongan yang perlu menghadapi situasi yang lebih sukar berbanding kita. Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Selamat Hari Raya Aidilftri daripada kami untuk korang semua. Maaf zahir dan batin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Lancar Petisyen Gesa Diberhentikan, Peminat Back Up DJ Lin!

Wow! Makin panas ek netizen siap lancar petisyen tu🔥🔥🔥

Trending Fri, 18 Oct 2019

Tahniah! Ini Pemenang Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2

Lebih style dan urban, dapatkan Huawei Watch GT 2 sekarang!

Hiburan Wed, 24 May 2023
Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!