Trending By: Padin September 30, 2021 @ 5:08am

[VIDEO] Luluh Hati… Video Lelaki Lihat Isterinya Ditahan Berkhalwat Dengan Suami Orang Viral Di TikTok!

Semenjak beberapa hari lalu, video yang didakwa melibatkan tangkapan kes khalwat wanita berstatus isteri orang dengan seorang lelaki tular di laman sosial terutamanya di TikTok.

Difahamkan, video terbabit mendakwa seorang suami yang pulang untuk mengambil barangan jualan yang tertinggal di kediamannya secara tidak sengaja terserempak dengan seorang lelaki lain berada dalam rumah bersama isterinya.

Berlaku di kawasan Bukit Katil, Melaka sekitar 25 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Che Sukri Che Mat mengesahkan perkara terbabit.

“Wanita berusia 35 tahun dan pasangannya berusia 33 tahun itu ditahan oleh imam kampung berkenaan selepas menerima maklumat mengenai perbuatan mereka dan saya mengesahkan tangkapan itu.

“Tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak,” katanya kepada Harian Metro.

@deejayfaz_official3lagu ni memang sesuai kisah curang pasangan… Neraka tempatnya dosa besar♬ Berpaling Kasih Ewan J – Deejay Fazz

Menurut Sukri, siasatan ke atas pasangan itu kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Jaim sudah mengambil serta merakam keterangan kedua-dua individu yang kedua-dua mereka didapati sudah berkahwin dan kertas siasatan berada di peringkat akhir.

“Saya berterima kasih kepada orang awam yang bekerjasama dengan Jaim dalam memberikan maklumat menerusi kempen Bencikan Maksiat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 29 Feb 2020
Trending Fri, 16 Mar 2018

泰国女富商「做功德」骑大象沿街洒钱

泰国孔敬府竹园县一名女富商,上周六(10日)骑大象趴趴走,同时沿途对路人洒钱,引来当地民众疯抢。据了解,这名女富商是在进行私人的做功德仪式,替泰王瓦集拉隆功诵经祈福;当天她送出了大约20万泰铢(约2.5令吉)。

Trending Thu, 1 Jul 2021
Trending Mon, 25 Jan 2021
Trending Sat, 8 Sep 2018

Renjatan Elektrik Bila Pegang Troli Pasaraya?

Rasanya ramai kot pernah mengalami situasi yang sama dimana setiap kali pegang besi akan rasa macam direnjat elektrik. Betul tak?

Trending Fri, 9 Apr 2021
Trending Thu, 2 Apr 2020
Trending Tue, 10 Nov 2020

| Live TV