Trending By: Syafiqa Irdina April 14, 2020 @ 11:46am

Video Pendek Bahasa Isyarat Berkenaan Covid-19 Disediakan Khas Buat OKU

Video pendek bahasa isyarat berunsur nasihat telah disediakan khas buat orang kurang upaya (OKU) dalam mendapatkan maklumat penting mengenai wabak COVID-19.

Menurut laporan Berita Harian hari ini, Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak, Amir Hamidi Abdul Manan berkata video bahasa isyarat mengenai nasihat duduk di rumah serta langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 itu merupakan inisiatif beberapa jurubahasa isyarat dan individu pekak dalam menghasilkan video pendek untuk komuniti itu.

Beliau berkata, video dalam bahasa isyarat adalah medium penyampaian yang paling berkesan dan cepat kepada komuniti pekak berbanding mesej berformat teks.

“Majoriti orang pekak kurang menguasai bahasa lisan dan tulisan seperti bahasa Malaysia atau English dengan baik, maka mereka menghadapi kesukaran untuk memahami mesej teks yang tinggi bahasanya.

“Jadi bahasa isyarat adalah bahasa pertama kepada mereka kemudian baru bahasa kedua seperti BM, English dan lain-lain. Mereka amat bergantung pada visual iaitu bahasa isyarat untuk memahami dengan cepat lagi jelas,” katanya.

Infografik & Gambar Banyak Bantu

Selain itu, mesej infografik berkenaan statistik kes jangkitan serta gambar-gambar berkaitan wabak Covid-19 juga banyak memudahkan golongan pekak memahami maklumat yang disampaikan.

Mengenai khidmat jurubahasa isyarat di Radio Televisyen Malaysia dalam menyampaikan perkembangan sidang media harian COVID-19, beliau berkata langkah itu amat membantu orang pekak mengikuti maklumat terkini secara live.

“Ya, ia amat membantu, satu akses yang sama rata. Tanpanya, orang pekak terpaksa tercari-cari dan mendapatkan salinan teks ucapan daripada internet selepas sidang media tersebut.

Oleh itu adanya jurubahasa isyarat dalam siaran langsung adalah keperluan asas yang paling dikehendaki dan paling membantu orang pekak,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan info serta perkembangan terkini, korang boleh saksikan di TV3 dan Youtube Buletin Utama okay?

Kredit: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

Trending Thu, 21 Jun 2018

Harga RON 95, Diesel Kekal

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Featured Wed, 23 Nov 2022

[VIDEO] Safawi Rasid Jawab Gosip Bakal Berkahwin Dengan Syifa Melvin Dalam Masa Terdekat

Ada yang mendakwa mereka bakal bernikah 28 November ni 🫣🫣 Apapun, kalau dah namanya jodoh tak ke mana ❤️❤️

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar

Trending Mon, 16 Mar 2020

#LockDownMalaysia; Sudah Bersediakah Kita? Sudah Fahamkah Kita?

Ramai netizens luahkan hasrat mereka mahukan #LockDownMalaysia tetapi sudah bersediakah kita dengan apa yang bakal kita hadapi?

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Trending Mon, 8 Apr 2019
Trending Wed, 25 Nov 2020

| Live TV