Trending By: Fatin Nurain June 21, 2024 @ 5:27pm

[VIDEO] Redza Rosli Menangis Sebak Pohon Restu Ibu Sebelum Bergelar Suami

Aktor terkenal Redza Rosli dilihat tidak mampu menahan sebak ketika memohon restu ibunya sebelum majlis akad nikahnya bersama isterinya, Bella Hanna berlangsung, Jumaat petang.

Momen sebak itu telah dikongsikan oleh Melodi TV3 menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Redza turut memegang erat tangan ibunya ketika berada di perkarangan majlis akad nikah yang bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Dalam perkongsian lain, Redza juga sempat memberikan pesanan kepada ibunya sebelum dirinya bergelar suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Redza dan Bella telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz, pada 4.05 petang tadi.

Memetik laporan OhBulan!, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Difahamkan, Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 berserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

Bagaimanapun, pasangan yang membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Dalam pada itu, majlis pernikahan yang bertemakan serba putih itu turut diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga kedua mempelai dan rakan terdekat

Artikel Berkaitan: Tahniah! Redza Rosli, Bella Hanna Kini Sah Bergelar Suami Isteri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2024
Featured Mon, 5 Apr 2021

Majlis Dihadiri Kaum Keluarga, Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Bertunang

Setelah hampir 3 tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Uqasha Senrose & Kamal Adli selamat melangsungkan pertunangan di sebuah hotel di ibu kota petang Ahad. Menurut sumber, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu. […]

Featured Tue, 24 Oct 2023

“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran 

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga ada rezeki lain inshaa-Allah💗

Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Tampil Gandingan Hariz Fayahet & Bunga, ‘Kita Juara’ Menyambut Industri Sukan Malaysia

Dua suara berbeza genre, Hariz Fayahet & Bunga kini mempersembahkan single terbaharu yang menyuntik semangat orang ramai, Kita Juara! Lagu ini adalah bersempena dengan Anugerah Ikon Sukan Harian Metro yang akan disiarkan secara langsung di […]

Trending Mon, 24 Sep 2018

喝完咖啡睡15分钟「咖啡觉」能让24小时没睡的你醒脑回神

许多人习惯喝咖啡提神,但殊不知「喝咖啡+小睡」这样的套餐组合,提神效果比单独喝咖啡还好。

Featured Fri, 22 Jul 2022

“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Lufya yang mengenali suspek secara peribadi berkata, dia pernah meluahkan rasa depresi kepadanya. Apapun masalah yang berlaku, nak-anak bukan tempat untuk melepaskan geram..

Selebriti Sat, 7 Oct 2023
Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023
Trending Mon, 25 Feb 2019

这款让人脸红「形状」项链竟在网上卖到缺货!

女子将项链设计成让人「脸红的形状」放上网路,大家竟然抢着要还卖到缺货先关店!