Trending By: Salma Syahbuddin March 6, 2020 @ 8:00am

[VIDEO] COVID-19 Makin Mengganas! Rakyat Malaysia Diarah Keluar Dari Makkah

Susulan kes penularan Covid-19 yang dilihat semakin mengganas, rakyat Malaysia yang berada di negara ini juga diminta agar menjaga kesihatan secara menyeluruh dan mengambil berat terhadap persekitaran masing-masing.

Bukan itu sahaja, malah rakyat Malaysia yang kini sedang mengerjakan umrah di Makkah turut diarahkan keluar dalam tempoh tiga hari bermula pada Khamis.

Sumber : Google

Perkara itu didedahkan melalui satu arahan dalam bentuk pekeliling yang diterima oleh pengendali ibadah umrah atau muassasah yang kini berada di Jeddah, Arab Saudi.

Memetik laporan Berita Harian, pekeliling itu menyebut semua jemaah yang berada di luar Makkah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadat umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga hari iaitu sehingga 8 Mac ini.

Dan, arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam pekeliling bernombor 14410709 dan diletakkan dengan notis ‘top urgent’.

Sumber : Google

Menurut Edie Nasrullah iaitu seorang Muassasah yang menetap di Jeddah untuk bertanyakan kesahihan pekeliling itu dan beliau mengesahkan dirinya dan beberapa ejen pembimbing lain sudah menerima notis itu sejak semalam.

“Setakat hari ini kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan Covid-19 dan syarikat penerbangan antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.

“Ramalan dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, kawalan terhadap wabak Covid-19 dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat dua kes positif wabak itu dicatatkan di Arab Saudi.

“Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.

“Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihenti atau diteruskan,” Jelasnya.

Dan kali pertama dalam sejarah, inilah pemandangan mekkah yang dilihat kosong dan sunyi dari jutaan manusia menunaikan tawaf dan ibadah.

Layari TV3 MALAYSIAOFFICIAL dan Buletin TV3 untuk mengetahui perkembangan kes COVID-19 terkini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 23 Oct 2020

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu. Aktiviti keagamaan di masjid dan […]

Hiburan Wed, 26 Apr 2023
Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Featured Thu, 27 Apr 2023
Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Tue, 9 Jun 2020
Featured Wed, 18 May 2022