Trending By: Syafiqa Irdina March 27, 2020 @ 2:16pm

[VIRAL] Individu Misteri Sumbang Mesin Pengesan Virus Berharga Ratusan Ribu Di Hospital Sibu!

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerimanya.

Tular di laman media sosial baru-baru ini apabila seorang individu misteri yang tidak mahu namanya dikenali, telah menyumbang sebuah mesin pengesan virus di Pusat Penyeldikan Klinikal (CRC) Hospital Sibu!

Ternyata, mesin tersebut bukanlah mesin biasa namun mesin Real Time Polmerase Chain Reaction (PCR) Detection System tersebut dikatakan mencecah harga RM148,000. Mulia sungguh insan yang mendermakan mesin ini di saat-saat genting yang dilalui negara ketika ini.

Menurut laporan Harian Metro bertarikh 26 Mac semalam,  Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak,  Dr. Annuar Rapa’ee telah menerima sumbangan itu dan menyerahkan peralatan ujian pengesanan jangkitan covid-19 itu kepada Pengarah Hospital Sibu, Dr Mohamad Ng Siah Huat.

 

 

Diterbangkan Khas Dari KL Ke Sibu

Mesin tersebut juga telah diterbangkan khas dari Kuala Lumpur untuk penambahan mesin dari yang sedia ada di Hospital Sibu. Kata Dr. Annuar kepada Harian Metro,  penambahan mesin tersebut dapat meningkatkan lagi kemampuannya untuk menjalankan ujian pengesanan jangkitan covid-19.

 

 

Terima kasih Xtra ucapkan buat penderma misteri yang membantu dan diharapkan lebih ramai lagi yang dapat menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing. 

Apa-apa pun, sekali lagi diingatkan kepada semua rakyat Malaysia supaya sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dan setiap individu wajib dan peka untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng muka dan hand sanitizer sekiranya berada di tempat awam sebagai langkah pencegahan daripada merebaknya wabak Koronavirus.

Untuk maklumat berkaitan dan info terkini tentang COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama .

 

Baca Juga: Ayuh Rakyat Malaysia! Sahut Seruan Agong Untuk Laksana Solat Hajat Perangi Wabak COVID-19

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Ingat! Penjara 2 Tahun Dikenakan Kalau Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Baca Juga: “Lafaz Hayya ‘Alassolah Dalam Laungan Azan Di Wilayah Persekutuan Akan Diperlahankan” – Datuk Seri Dr. Zulkifli

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

“Tak Cukup Tidur Terutama Nabil” – Dah Ada Lebih 42,000 Followers, Ayda Jebat Buka Akaun Instagram Anak Kerana…

Penyanyi Ayda Jebat menganggap pengalaman menjadi seorang ibu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menyambut kelahiran anak sulung mereka, Ana Nayla pada 21 September lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Mata Baby…” […]

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Trending Mon, 10 Sep 2018

可爱萌鼠拍照看镜头摆POSE比YA!

小动物也会摆POSE吗?

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nahas Pesawat JT 610, Juruteknik Kena Pecat

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah pemecatan itu bersifat sementara atau kekal.

Trending Wed, 29 Sep 2021

“Foto ‘B*gil’ Penuh Akan Disiarkan Sekiranya..” – Nam Ron

Pelakon berbakat besar, Nam Ron memuat naik dua foto tidak berbaju di laman Twitter miliknya dan ia mendapat perhatian warganet. Menerusi ciapan yang dikongsi semalam, Nam Ron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, 52, secara sinis […]

Featured Tue, 9 Mar 2021
error: Content is protected !!