Minuman bubble tea kini semakin menjadi trend hangat di media sosial, rata-rata netizen kini dilihat terlalu obses dengan pelbagai jenama bubble tea. Memang la minuman bubble tea ni sedap tapi apa yang korang terlepas pandang adalah kadar gula yang berbahaya dalam minuman itu sendiri.
Kalau korang nak tahu, satu kajian yang dijalankan oleh Channel NewsAsia dengan kerjasama pelajar Diploma Sains Makanan dan Nurtrisi dari Politeknik Temasek Singapura menunjukkan kandungan gula yang sangat tinggi dalam enam jenis perisa minuman bubble tea.
Hasil kajian sangat mengejutkan apabila mendapati kandungan gula di dalam minuman tersebut mempunyai kandungan gula antara 8 hingga 20 sudu teh.
Satu perkongsian di Twitter oleh seorang psikologis bernama Aiman Amri turut meluahkan kerisauannya terhadap trend yang tidak sihat ini.
To be honest, I am really worried about our current hype of bubble tea trend.
Do you realise how high is the sugar content in just its one cup?
?
Please be moderate in consuming it.
Please.
Please.
Please.— A Mental Health Advocate (@AimanPsikologi) June 10, 2019
sumber:https://twitter.com/AimanPsikologi
Kalau korang nak tahu kandungan gula yang terdapat dalam bubble tea juga dikatakan lebih tinggi daripada kandungan gula dalam air Coke. Bahaya la guys.
Untuk korang yang obses dengan bubble tea ni berpada-pada la ye. Kalau nak ikut trend pun, kesihatan kena jaga tau. Jangan nanti menyesal di kemudian hari.