Trending By: Padin December 1, 2020 @ 6:23pm

Vokal Mania: Netizen Marah Bila Juri Beri Kemenangan Kepada Rookie – “Jangan Salahkan Yusry” – Aina Abdul

Penyanyi dan idol Vokal Mania, Aina Abdul memohon agar netizen tidak menyalahkan juri, Yusry Abdul Halim yang memberikan kemenangan kepada rookie, Zareef Sein di pusingan battle Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul & Indah Ruhaila Tewas Di Tangan Rookie, Jom Recap Ranking Penuh Episod 5!

Di pusingan terbabit, Aina yang membuat persembahan dari rumah bertarung dengan Zareef menerusi lagu Baldu Biru, nyanyian asal Datuk Awie dan Ella.

ARTIKEL BERKAITAN – Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah

Rata-rata netizen pelayar YouTube memberikan komen negatif kepada Yusry dan tidak berpuas hati dengan keputusan terbabit.

“Saya mohon netizen tidak salahkan Yusry. Sebagai juri, dia sangat berpengalaman dan profesional. Saya akui persaingan agak sengit pada malam itu, lebih-lebih lagi apabila saya mengalami kekangan dan terpaksa membuat persembahan dari rumah.

“Sebagai seorang penyanyi yang masih perlu banyak belajar, saya melihat kekalahan ini dari sudut positif. Insya-Allah, saya mahu memberikan kelainan serta kualiti persembahan terbaik di masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Xtra.

Tambah pelantun lagu Maybe ini, membuat persembahan dari rumah merupakan satu pengalaman baru yang diraihnya.

“Pandemik ini membuatkan semuanya berubah. Pada awalnya, saya dan peserta lain bertanding dan bersaing tanpa kehadiran penonton, hanya di hadapan juri sahaja.

“Kini, suasana jadi semakin berbeza apabila saya menjalani kuarantin. Bertanding dari rumah, tetapi sekadar di hadapan kamera, memang satu perkara baru untuk saya hadam.

“Audio persembahan solo saya menyampaikan lagu Balqis juga mengalami masalah teknikal. Saya melihat semuanya sebagai satu proses pembelajaran untuk saya. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar selepas ini,” katanya optimis.

Untuk semua penyokong Vokal Mania, jangan lupa undi peserta kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania, Sabtu ini, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Mon, 23 Jan 2023
Trending Thu, 21 Jun 2018

Najib ‘Explains’ Why He Had So Much Cash and Luxury Items

Trust me, you’ll LOVE to see what he had to say.

Featured Mon, 31 May 2021

Orang Ramai Tidak Boleh Pilih Jenis Vaksin -Khairy Jamaluddin

Bagi mempercepatkan proses pemberian vaksin, Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan orang ramai memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata sebelum ini kerajaan bercadang untuk memberikan kebebasakan kepada orang

Trending Sat, 7 Nov 2020
Drama Fri, 16 Oct 2020
Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Thu, 7 Oct 2021

| Live TV