Trending By: Salma Syahbuddin September 14, 2020 @ 5:15pm

Wabak Hawar Punca 35 Ekor Kerbau Mowgli Malaysia Mati

Terkejut dengan kematian lebih 35 ekor kerbau peliharaan bapanya, pastinya Muhammad Syukor yang juga digelar sebagai ‘Mowgli Malaysia’ ini sedih melihat haiwan ternakan yang menjadi kesayangannya mati secara berperingkat.

Wabak Hawar jadi punca

Dikhabarkan wabak Hawar menjadi punca kematian lebih 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor.

Selain itu, kerbau-kerbau yang dipelihara di Kampung Banggol Katong, Serada, mati secara berperingkat sejak Rabu lalu dan 11 ekor daripadanya difahamkan mati bergelimpangan.

Menurut Khamis Jusoh iaitu bapa kepada Muhammad Syukor, kejadian itu disedari mereka pada Rabu selepas seekor kerbau milik keluarga mereka mati manakala, pada keesokan harinya, beberapa lagi ekor mati dan setakat hari ini difahamkan lebih 30 ekor ternakan itu mati.

Namun, Encik Khamis Jusoh masih tidak dapat memberi kepastian punca sebenar kematian haiwan ternakannya itu sama ada diracun atau terkena jangkitan.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri titip doa

Berita kematian haiwan peliharaan keluarga ini mendapat perhatian daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  menerusi laman Facebook miliknya.

Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Sunday, 13 September 2020

Kematian haiwan ternakan milik keluarga Muhammad Syukor ini turut mengakibatkan kerugian lebih RM200,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021

Tiada PKP Menyeluruh, PM Mohon Rakyat Buat ‘Self Lockdown’ Elak Jangkitan

PM pesan jangan ada sikap menyalahkan orang lain… Ingat tu!

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Pergerakan Terbatas, Zamani Slam Kurangkan Aktiviti Seni – “Rasa Ketat & Ada Benda Terkeluar Dibahagian Belakang”

Didoakan semoga abang Zamani cepat sembuh 🤲🏻 Peminat tak sabar nak tengok abang perform kat konsert tu tau!

Trending Tue, 26 Jan 2021

Peruntukkan 293 Juta Dari Air Selangor, Turunkan Kadar Air Tak Berhasil

Air bersih, kualiti hidup terjamin. Semoga selepas ini, tiada lagi masalah air di Selangor yang menyusahkan rakyat

Trending Wed, 2 Sep 2020
Trending Tue, 15 Dec 2020
Featured Thu, 30 Mar 2023
Trending Tue, 9 Mar 2021