Trending By: Khairil Khusyairi August 21, 2022 @ 1:38pm

“Walaupun Kita Bukan Adik Beradik Kandung, Tapi…” – Air Mata Wan Sharmila Gugur Bila Jumpa Adik-Adik

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan.

Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya mengenai keluarganya di Johor.

Lebih mengejutkan, dalam hantaran di Insta Stories juga melihatkan Wan Sharmila tidak dapat menahan air matanya ketika bertemu keluarganya dalam satu majlis.

“Assalamualaikum, hello sunday from Johor Darul Takzim.

“Banyak sangat dugaan semalam untuk sampai ke majlis ni. Apapun MasyAllah Alhamdulillah dapat jumpa semua adik-adik kesayangan.

“Air mata dalam gambar ni jadi saksi dapat lepaskan rindu kita,” tulis Lala.

Tambah Lala, dia berasa lemah apabila bertemu adik-beradiknya biarpun bukan adik beradik kandung dan menganggap macam darah daging sendiri.

“Tak kuat kaki nak pergi dekat sebab tahu yang hati ini lemah. Malu orang tengok kakak nangis.

“Ya Allah masa ni kakak bayangkan mak ada sama-sama dengan kita semua.

“Walaupun kita bukan adik beradik kandung tapi kita dah macam darah daging. Mak suap kita semua makan sama-sama. 

“Harini inilah kita semua. Semoga kita semua akan jumpa di syurga kelak. Amin,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila)

Wan Sharmila kini dilihat semakin ayu dan aktif dalam perniagaan pakaian muslimah jenamanya sendiri

Sekadar info, pada tahun 2019, pelakon Anak Beranak Abe Yie ini telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengubah imejnya agar tampil lebih muslimah.

Sumber: Instagram lala.wansharmila

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Thu, 24 Sep 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022

“Doktor Kata Boleh Tambah Lagi…” – Anak Nora Ariffin Tak Nak Adik, Pilih Tambah Amal Ibadah

Bukan senang kan nak besarkan anak lebih-lebih lagi zaman sekarang ni..

Featured Thu, 8 Sep 2022
Trending Tue, 14 May 2019

Amaran Buat Netizen! Jangan Mudah Percaya Produk Kosmetik Local, Nur Sajat Kini Didakwa

Buat sesetengah netizen yang obses dengan produk kosmetik tempatan, korang jangan ambil mudah mengenai perkara macam ni. Salah guna produk, merana seumur hidup. Hati- hati guys.