Trending By: Aisyah Badrul April 10, 2020 @ 2:18pm

Wanita Di Wuhan “Lepas Gian” Pesan 76 Jenis Makanan Selepas Selesai Tempoh Berkurung

Selepas selesai menjalani tempoh berkurung di negara China, seorang wanita di Wuhan bertindak memesan 76 jenis sarapan bagi meraikan berakhirnya tempoh berkurung akibat wabak covid-19.

Wanita ini dikhabarkan ingin menebus kembali setiap makanan yang tidak dapat dinikmatinya sepanjang tempoh berkurung yang dijalankan oleh kerajaan China selama 76 hari. Lebih-lebih lagi negara China merupakan negara pertama yang mencetuskan pandemik ini.

Sebanyak 11 juta penduduk China tidak dibenarkan untuk memasuki atau keluar daripada daerah Wuhan sewenang-wenangnya dalam tempoh 11 minggu.

Sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial menunjukkan seorang penghantar makanan mengambil makanan yang dipesan di restoran dengan menggunakan batang kayu yang diletakkan di bahunya. Wah, banyak betul sarapan pagi!

Kredit foto: Daily mail

Menurut sebuah laporan media di China, Penghantar makanan yang dikenali sebagai Fu menceritakan dia menerima 76 pesanan makanan ini pada pukul 6.30 pagi ketika hari pertama daerah Wuhan sudah diisytiharkan bebas daripada perintah berkurung.

Wanita itu memesan 76 jenis sarapan pagi sebagai simbolik angka 76 hari tempoh berkurung di Wuhan. Fu mengambil masa selama satu jam untuk melengkapkan pesanan wanita tersebut kerana masih banyak kedai yang belum dibuka pada waktu itu.

“Sudah lebih dua bulan saya tidak menikmati Guo Zou. Saya sangat gembira kerana daerah Wuhan sudah diisytiharkan bebas daripada tempoh berkurung,” jelas wanita itu.

Guo Zou merupakan perkataan tempatan yang bermaksud sarapan pagi dan daerah Wuhan sememangnya terkenal dengan budaya makanan yang dinamik dan menarik.

Kredit foto: Daily mail

“Selepas menikmati sarapan ini, pasti hidup saya akan lebih baik dan ceria!,” ujarnya.

Wanita ini juga turut berkongsi makanan yang dipesan kepada keluarga dan jiran-jiran terdekat.

Seronok betul boleh makan macam-macam lepas habis tempoh berkurung kan? Apa makanan pertama korang nak cari lepas lockdown nanti?

Sumber: Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 May 2018

Amarah Kilauea Terus Mara, Bumi Hawaii Makin Panas!

Sekurang-kurangnya 47 kediaman dan struktur binaan lain musnah di kejiranan Leilani Estates dan Lanipuna Gardens. Seorang lelaki dilaporkan cedera parah pada Sabtu kerana terkena percikan lahar.

Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Featured Thu, 27 Apr 2023
Trending Tue, 26 Nov 2019
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

Cahaya Mata Wed, 26 Jul 2023

Sempat Hamil Selama 10 Minggu, Isteri Dai Syed Keguguran

Allahuakbar, salam takziah buat Dai Syed & Hana Ismail ❤️