Featured By: Attiqah Mohd February 11, 2021 @ 4:10pm

Warga Asing Di Malaysia Bakal Terima Vaksin Covid-19 Secara Percuma

Warga asing yang menetap di negara Malaysia bakal menerima vaksin COVID-19 secara percuma.

Berita itu diumumkan melalui satu kenyataan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dikongsikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di laman Twitter beliau.

 

“Kabinet telah memutuskan bahawa warga asing yang tinggal di Malaysia akan menerima vaksin COVID-19 secara percuma di bawah Program Imunisasi Nasional.

“Ini akan merangkumi diplomat, ekspatriat, pelajar, pasangan suami isteri serta anak yang berstatus warga asing, pekerja asing serta individu yang mempunyai kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR),” jelas beliau.

Keputusan pemberian vaksin secara percuma itu juga dibuat memandangkan bekalan vaksin COVID-19 yang diperolehi Malaysia mencukupi serta melebihi jumlah rakyat Malaysia yang layak menerimanya.

Bagaimanapun, keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

Ia juga selari dengan pendirian kerajaan bagi membentuk imuniti kelompok supaya dapat membendung pandemik COVID-19.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Nov 2020
Featured Wed, 25 Mar 2020
Hiburan Fri, 27 Aug 2021
Featured Thu, 22 Dec 2022

[VIDEO] Anak Staff Hafiz Mahamad Kena Gangguan Seksual Di Taska, Doktor Sahkan Ada Kesan Di Kemaluan – “Cikgu Masuk Dalam B****t”

Astarghfirullahalazim! Ya allah, kejamnya manusia perangai macam ni 😭😭 Kesian budak kecil lagi dah trauma 😭😭