Trending By: Aisyah Badrul July 16, 2020 @ 12:24pm

Wow! Lelaki Ini Tidak Pernah Potong Rambut Hampir 100 Tahun!

Penutupan kedai gunting dan salun dandanan ekoran perintah kawalan pergerakan menyebabkan ramai lelaki tidak berpeluang memotong rambut mereka.

Bayangkan jika sebulan dua sahaja tidak dapat memotong rambut pun sudah meresahkan sesetengah orang, inikan pula bertahun-tahun kan?

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki berusia 95 tahun dari Karnataka, India yang memilih untuk tidak memotong rambutnya hampir seabad. Wow, lama tu!

Keadaan itu menyebabkan lelaki yang bernama Doddapallilah yang berasal dari daerah Molakalmuru, Chitradurga mengikat rambutnya bagi membolehkannya bergerak apabila panjang rambutnya kini berukuran 7.3 meter.

Berdasarkan rakaman video yang tular baru-baru ini, Doddapalliah mengakui tidak pernah menggunting rambutnya.

Malah, Doddapalliah lebih rela meminta bantuan orang lain menggulung rambutnya daripada mengguntingnya.

Menerusi rakaman video itu juga, Doddapalliah menahan kesakitan sewaktu beberapa orang membuka dan mengikat rambutnya.

Rambut lelaki itu seperti tidak pernah dicuci kerana strukturnya yang tebal dengan gaya dreadlock.

Macam mana lah lelaki ini boleh menahan beban ketebalan rambutnya hampir 100 tahun kan? Hebat!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 24 May 2021

“Tak Banyak Boleh Ulas, Kes Masih Dalam Siasatan”- Neelofa Komen Isu Tidak Pakai Pelitup Muka

Selebriti dan pengacara, Neelofa hari ini dalam satu kenyataan kepada pihak media memberitahu bahawa dia telah memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ia berikutan susulan kes yang mendakwa selebriti itu tidak memakai pelitup sewaktu dilihat hadir ke

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020: Cukai 30% Untuk Orang Berpendapatan Tinggi

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan PKS.

Acara Mon, 6 Mar 2023
Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Trending Wed, 17 Jul 2019

Pilih Kawan Kena Berhati-Hati Guys! Jangan Pilih Yang Psiko

Pilih kawan jangan pilih luaran semata-mata okay! Takut psiko!

Featured Fri, 24 Sep 2021

BKP RM500 Bakal Disalurkan Kepada Penerima Bermula…

Menerusi pakej PEMULIH, Bantuan Hilang Pekerjaan (BKP) bernilai RM500 akan disalurkan kepada mereka yang hilang punca pendapatan. Menurut kenyataan terkini oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Shahar Abdullah : “Bantuan kehilangan pendapatan atau (BKP) sebanyak

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Mon, 4 Oct 2021

| Live TV