Trending By: SGMS Faida March 23, 2018 @ 10:25am

Wow! Wanita Ini Mengaku Cintakan Trump

Betul ke ni? Seorang wanita yang merupakan bekas model majalah Playboy, Karen McDougal mendakwa dia dan Presiden Donald Trump menjalin hubungan bermula 2006.

Lebih menarik, wanita tersebut mengaku kepada CNN bahawa beliau mencintai lelaki itu sepenuh hati.

Menerusi wawancara dalam rancangan Anderson Cooper 360 yang ditayangkan semalam, McDougal mendakwa Trump juga mencintainya malah sering mengungkapkan kata-kata cinta.

“Setiap waktu beliau sering mengucapkan kata-kata cinta kepada saya,” katanya.

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan.

Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal.

Wawancara bersama CNN itu adalah yang pertama buat bekas model berkenaan sejak memfailkan saman ke atas Amerika Media Inc selaku pemilik The National Enquirer, awal minggu ini bagi membatalkan perjanjian untuk siaran eksklusif berita perhubungannya bersama Trump.

Majalah New Yorker pada Februari lalu melaporkan bahawa Trump menjalin hubungan bersama McDougal pada waktu yang sama ketika masih bercinta dengan seorang pelakon filem lucah.

Serentak dengan itu, model berkenaan menerima bayaran berjumlah AS$150,000 dari majalah National Enquirer untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum. – Reuters

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

Featured Wed, 28 Dec 2022
Trending Fri, 18 Dec 2020
Trending Sun, 17 Apr 2022

Gaji Minimum Perlu Diperhalusi Lagi

Datuk Willie mahu kerajaan perhalusi gaji minimum