Featured By: Attiqah Mohd August 5, 2021 @ 9:06pm

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini.

Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan penempatan latihan kemahiran melalui kerjasama strategik agensi kerajaan serta pemain industri.

Malah, katanya, dalam usaha membantu golongan sasaran mencari pekerjaan, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion bagi program PenjanaKerjaya di bawah Belanjawan 2021 dengan PenjanaKerjaya 2.0 berjaya membantu lebih 141,000 orang mendapat pekerjaan.

“PenjanaKerjaya 3.0 pula diperkenalkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan beberapa penambahbaikan.

“Ini seperti mengurangkan had kelayakan gaji bagi program Malaysianisation dan pelonggaran tempoh kontrak penggajian bagi kategori pekerja berusia 50 tahun ke atas, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan bekas banduan,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional. (Laksana) ke-64 yang dikeluarkan semalam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Sep 2021

31 Anak Seni Bangkit Bersatu Dalam Kempen #RISEandUNITE

#RISEandUNITE, Bangkit dan Bersatu merupakan satu kempen bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan serta sinar ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Kempen ini juga adalah untuk memupuk rakyat agar bangkit untuk membela dan mengejar kejayaan, bersatu tanpa […]

Featured Mon, 19 Sep 2022

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Zara Zya nak bawa kelainan dalam lakonan

Events Sun, 25 Dec 2022

Meriah! Konsert 7Belas 6ixth Sense Hiburkan 1,400 Peminat

Konsert 7Belas 6ixth Sense terbaik 😍

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Fri, 22 Jan 2021

KWSP Lulus 3.18 Juta Permohonan i-Sinar Kategori 1

Alhamdulillah buat mereka yang diluluskan permohonan i-Sinar!

Featured Thu, 11 Nov 2021