Trending By: SGMS Faida July 3, 2018 @ 5:01pm

‘ Ya, saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat,’ – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik klip video di Facebooknya memaparkan luahan hati beliau berhubung tindakan diambil pihak berkuasa terhadapnya, sebentar tadi.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit 20 saat itu, beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan menganggap tindakan penahanannya sebagai dugaan dunia.

“Assalamualaikum, rakyat Malaysia yang dikasihi, sekiranya saudara saudari mendengar mesej ini, maknanya tindakan sudah pun mula diambil ke atas saya.

“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik. Saya sudah melakukan sedaya upaya saya, namun saya sedar ia tidak mencukupi kerana saya akui ada banyak kelemahan,” katanya.

Dalam klip video yang dipercayai dirakam sebelum penahanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, Najib berkata beliau mengakui dirinya hanya insan biasa dan tidak sempurna, namun tidak semua tuduhan dikenakan kepadanya adalah benar.

“Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari. Saya disiasat dan ada barang dirampas, namun ini semua belum konklusif.

“Ada banyak berita, gambar yang tersebar bersifat palsu, khabar angin, putar belit dan fitnah. Biarlah siasatan dijalankan dulu kerana saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya.

“Ya, saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat serta sedar bahawa kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat,” katanya.

Menurutnya, apa yang dihadapinya ketika ini adalah dugaan dunia dan reda menempuhinya.

“Sememangnya semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan bukan saja di dunia tapi juga balasan di akhirat.

“Tiada sesiapa yang akan terlepas termasuk sang penguasa di dalam kerajaan hari ini dan mereka yang menyebar khabar angin serta mengaibkan orang lain.

“Saya terima bahawa hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia, saya tetap bersyukur kerana tidak semua yang berpeluang menjalani dugaan dunia.

“Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit dan saya akan hadapi dengan tabah kerana Allah SWT maha mengetahui, maha mengasihani dan maha penyayang,” katanya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Dec 2019

Gadis Berat Naik Mendadak 200kg Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Trending Thu, 16 Aug 2018

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,”

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Trending Tue, 5 May 2020

Ini 11 Soalan Lazim Tentang Perjalanan Rentas Negeri 7-10 Mei & Aplikasi Gerak Malaysia

Info tentang aplikasi Gerak Malaysia dan perjalanan rentas negeri

Trending Wed, 17 Jun 2020
Trending Sat, 22 Sep 2018

Caj Sirap Sampai RM18, KPDNKK Serbu Restoran Asam Pedas

Baru-baru ini tular apabila seorang pengguna Twitter menyebarkan gambar beserta resit air sirap yang dikenakan caj sebanyak RM18 untuk satu jag di sebuah premis makanan di Melaka Tengah.  Susulan kes ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri […]

Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Thu, 1 Nov 2018
Trending Mon, 30 Apr 2018

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Trending Thu, 17 May 2018

12 English Quotes We’ve Been Getting Wrong All This Time

Avoid failing your English exams by learning the real ones.

| Live TV