Susulan kes fitnah yang dilemparkan kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi tampil dengan kenyataan menerusi ruang instastory miliknya mengenai individu berkenaan.
Dalam hantaran berikut, Neelofa mengatakan beliau memaafkan perbuatan individu bernama Syamira Safiya yang menyebarkan fitnah ke atasnya pada 26 Disember lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : Perangai Sebenar Seseorang Akan Muncul..” – Timbul Pelbagai Spekulasi, Hubungan PU Riz & Neelofa Didakwa Berantakan?

Malah, Neelofa juga dilihat sempat menitipkan nasihat buat individu berkenaan.
“Apa yang lepas, memang sangat pahit untuk dihadapi tapi ada banyak hikmah yang tersirat. Saya maafkan seikhlas hati, semoga Allah menjagamu.” Tulisnya.
“Terima kasih juga atas teguran, cacian, makian, carutan…”
Selain itu, Syamira Safiyya juga dilihat memuat naik kapsyen menerusi laman Twitter miliknya beberapa jam selepas Neelofa membuat hantaran tersebut.
Terdahulu, isu kontroversi ini timbul apabila Syamira berkongsi beberapa mesej perbualan di aplikasi Whatsapp sehingga tular di laman sosial dengan mendakwa Neelofa dan pendakwah bebas, PU Riz kononnya telahpun berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kononnya Terkena Buatan Minyak Pengasih, Cerita Itu…” – Nafi Dah Bernikah Dengan PU Riz, Neelofa Akhirnya Buka Mulut
Apapun, semoga perkara ini dijadikan pengajaran buat semua okay! Bak kata pepatah melayu “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua“.