Trending By: SGMS Enal August 18, 2019 @ 12:32pm

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Seekor bangkai ikan yu paus seberat lima tan ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor awal hari ini sebelum dibawa sekumpulan nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, di sini.

Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata bangkai yu paus spesies Rhincodon Typus yang ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari sini di bawa ke darat kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.

“Dianggarkan ukuran yu paus ini sepanjang 6.1 meter dan lebar 1.5 meter manakala jantinanya masih belum dikenal pasti.

“Namun Unit Perlindungan Sumber, akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini.

“Kami percaya yu paus ini mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya dan sebelum ini nelayan tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di sini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Faris berkata, yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat.

Katanya, yu paus merupakan antara hidupan marin terancam dan pihaknya menasihati para nelayan sekiranya menemui spesies hidupan laut yang sedemikian untuk segera menghubungi agensi berkaitan.

“Kita berharap agar mereka tidak bertindak melulu sekiranya menjumpai spesies laut luar biasa yang masih bernyawa kerana tindakan sedemikian boleh didakwa di bawah akta berkaitan,” katanya.

Terdahulu, gambar ikan itu tular di laman sosial dan insiden itu menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat haiwan tersebut selain mengambil gambar bangkai haiwan itu.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹

Trending Fri, 16 Jul 2021

#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Semoga keadilan memihak kepada anak syurga #JusticeForBella ❤

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Semoga barang-barang pelanggan dalam keadaan yang baik-baik

Events Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Tue, 4 Jan 2022

Fedtri Yahya Tampil Dengan Bual Bicara ‘Aduan Jiwa’, Dalami Kisah Sebalik Tirai Kehidupan

Terbaharu di TV9, program bual bicara ADUAN JIWA yang dikendalikan oleh pengacara berpengalaman iaitu Ahmad Fedtri Yahya bakal bersua dengan para penonton bermula 2 Januari lalu, setiap hari Ahad, pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam

| Live TV