Trending By: Padin May 29, 2021 @ 10:33am

Yura Yunita Perkenalkan Tenang di Malaysia

Penyanyi popular Indonesia, Yura Yunita telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Tenang di Indonesia pada April lalu.

Berkongsi lagu dan perasaan yang sama, Yura berbesar hati melebarkan halwa telinga ini ke pendengaran peminat di Malaysia.

Ramai yang mengenali Yura menerusi lagu-lagu bertema romansa seperti Cinta & Rahasia mahupun Intuisi, kini penyanyi dan penulis lagu tersebut mengutarakan rasa hatinya menerusi lagu berjudul Tenang.

“Selalunya, fikiran kita melayang di malam hari. Resah dan gelisah mengiringi ketidakpastian dan pencarian erti kehidupan.

“Lagu ini merupakan doa, curahan rasa, saat berdialog dengan diri sendiri, yang dirindu dan Sang Pencipta,” ujar Yura.

Dibuka dengan alunan piano, vokal Yura yang khas dan berkarakter menyuarakan perasaan resah disambung melodi korus yang penuh harapan.

Suasana lagu kemudian dengan perlahan-lahan bersulam dengan instrumental indah hingga iringan paduan suara yang menggetarkan.

Lagu Tenang merupakan sebuah pelawaan untuk sejenak melihat ke sekitar malah ke dalam diri sendiri untuk menemukan kehendak sekaligus jawapan dari segala pertanyaan di kepala kita.

Dengan melancarkan lagu ini ketika Ramadan lalu, Tenang dirasakan dapat menjadi teman yang selaras dengan bulan yang sentiasa mengundang kita untuk berefleksi.

Seiring dengan pelancaran lagu Tenang ini, sebuah filem pendek atau video muzik garapan Yandy Laurens juga diperkenalkan kepada khalayak.

Dibintangi aktor-aktor ternama seperti Ringgo Agus, Nirina Zubir, Kiki Narendra, dan aktor cilik Gamaliel Eleazar dan Zozo, filem ini mengisahkan seseorang yang mencuba berdamai dengan kenangan dan dirinya sendiri, serupa dengan ajakan yang dipaparkan dalam lagu Tenang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Trending Mon, 4 Jan 2021

LCK 2: Khareez & Nadeera Muncul Juara, Jom Recap Episod Akhir!

Buat korang yang terlepas episod semalam, jom recap sekarang!

Trending Fri, 15 Nov 2019
Trending Wed, 11 May 2022
Trending Wed, 9 Oct 2019

Mahkamah Riuh, Murai Batu Berkicau

Membawa spesies berkenaan keluar dari Malaysia merupakan satu kesalahan

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Apa Ni! Macam Lesen Lembu Je…” – Michael Ang Terkejut Rantai Emas Milik DSV, ‘Claim’ Hanya Kak KM Saja Sanggup Pakai

Pengarah terkenal Michael Ang kembali mencuri perhatian warganet apabila tular satu video yang menunjukkan dirinya terkejut dengan koleksi barang kemas milik Datuk Seri Vida (DSV). Umum mengetahui, walaupun hubungannya dengan Vida baik namun, itu tidak […]