Hiburan By: Del14 December 11, 2019 @ 2:00pm

Sharifah Sakinah Gesa Pengguna Lebih Peka Dengan Pemasaran Produk!

Pelakon Sharifah Sakinah terkejut apabila ‘dry shampoo’ yang dibeli dan diguna pakai telah merubah rambutnya menjadi putih, seakan-akan beruban! 

Namun demikian, Sakinah mengatakan dia tidak menyalahkan produk atau pemasaran produk tersebut kerana mengakui ia timbul dari kesilapan diri sendiri yang kurang peka dengan taktik pemasaran.

“Perhatian! Perhatian! Saya kena tipu! Kena con ke?

“Bukan! Kena tipu dengan pemasaran! Rambut saya terus bertukar menjadi warna putih selepas menggunakan ‘dry shampoo’ ini. 

“Malah pembungkusannya cantik dan baunya wangi, jadi saya pun teruja dan terus memberi shampoo tersebut dan sembur atas rambut saya, tak perlu dibasuh katanya. Terus beruban,” tulis Sakinah di dalam kapsyen. 

Tambahnya, pengguna harus lebih peka dan berhati-hati bila membeli produk kerana takut terpedaya dengan strategi pemasaran sesuatu produk. 

“Ini adalah contoh terbaik jangan terpedaya dengan produk dan pemasarannya ye. Saya salahkan diri saya sendiri.

“Jadi para pengguna kena berhati-hati dengan apa yang kamu makan, minum atau pakai di atas kulit ya, jangan beli semata-mata hanya berdasarkan apa yang dikatakannya. Kita harus berfikir dengan lebih teliti,” kata Sakinah lagi. 

Meninjau ke ruangan komen, ada pengikut Sakinah yang berkata pelakon drama rantaian Amira Rose ini tidak tahu cara pemakaian ‘dry shampoo’ yang betul sehinggakan meninggalkan kesan-kesan putih ala beruban di rambutnya. 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan ‘dry shampoo’ bukan topik sebenarnya yang ingin ditimbulkan oleh Sakinah kerana dia sebenarnya sedang bercerita tentang produk ‘overclaimed‘. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Sasha Pilih Sirhan Sebagai Suami!

Tahniah Sasha dan Sirhan!

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Fattah Amin, Fazura Sebenarnya Sudah Bertunang

Bertunang sudah sebenarnya tetapi dirahsiakan agar tidak menganggu ibadah umrah kami

Hiburan Fri, 24 May 2019

‘Tiada Persiapan Raya Tahun Ini’- Anzalna Nasir

Semoga urusan Anzalna melahirkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT… Insha Allah!

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

尤雅自封「Lady Yaya」与歌迷一起忆往事

歌坛「第一玉女」尤雅一年访马两次!现年60多岁的她自嘲魅力不输女神卡卡,还自封「Lady Yaya」。

Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Belajar Giling Cili Demi ‘This Is Pilah’

This Is Pilah yang diterbitkan Madness Films juga dibintangi oleh Juzzthin, Iesna Mohd Raus, Kazar, Joey Daud beserta penampilan khas Waris, Ito Blues Gang, Ustaz Syamsul Debat dan bekas ahli parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hassan Malek.