Hiburan By: Syafiqa Irdina February 22, 2020 @ 10:35am

[VIRAL] “Minta Maaf, Saya Rela Undur Diri Dari Dunia Seni” – Ali Puteh Redha Dengan Kontroversi

Gempar di laman sosial dan juga industri hiburan tanah air berkenaan isu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, iaitu balu kepada arwah Abam, Siti Noorhidayah Mohd Ali.

Terbaharu, Ali Puteh telah membuat sidang media pada petang semalam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka buat kakak iparnya selepas menggelar isteri arwah dengan panggilan tidak manis menerusi Instastories miliknya.

Menerusi sidang media tersebut, Ali mengakui beliau terlalu mengikut perasaan kerana dirinya sedang bercelaru dan masih bersedih dengan pemergian abangnya. 

“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram saya sebelum ini. Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya.

Pada masa sama, Ali turut memaafkan sesiapa sahaja yang melemparkan tohmahan berbaur fitnah terhadap dirinya.

“Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu. Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya.

Bakal Bertemu Kakak Ipar 

Ditanya mengenai perancangan selanjutnya selepas ini, Ali memberitahu akan bertemu dengan kakak iparnya dan menyelesaikan semua perkara.

“Saya dan ibu akan pergi bertemu balu Abam dan selesaikan apa yang perlu diselesaikan cuma ia akan berlangsung tanpa sebarang publisiti. Biarlah kami selesaikan sesama keluarga,” katanya.

Sedia Undur Diri Daripada Dunia Seni

Ali memberitahu dia sedia berundur dari dunia seni bermula hari ini dan memberi fokus terhadap ibunya yang uzur.

“Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT. Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam…Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” katanya sambil menyeka air mata.

Apa-apa pun diharapkan dengan permohonan maaf oleh Ali Puteh ini dapat menjernihkan semula keadaan seperti sebelumnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 17 Mar 2018

‘Aku Cinta Pada Mu” – Park Bo-Gum

Lebih daripada 4,000 peminat yang hadir  bukan sahaja mahu melihat keistimewaan telefon pintar Samsung Galaxy S9 dan S9+ tetapi lebih kepada bertemu Park Bo Gum.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Sun, 19 Mar 2023
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Mon, 22 Jul 2019

Atikah Suhaime Bakal Bergelar Datin?

Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.

Trending Hari Ini Mon, 6 Apr 2020
Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

Selebriti Tue, 20 Feb 2024