Hiburan By: SGMS Enal December 11, 2019 @ 6:43am

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson Meninggal Dunia

Penyanyi Roxette, Marie Fredriksson meninggal dunia pada usia 61 tahun semalam selepas 17 tahun berjuang melawan kanser.

Bintang dari Sweden meninggal dunia pagi semalam. 

Roxette terkenal dengan lagu hitnya, ‘It Must Have Been Love’, sebagai runut bunyi filem pemecah panggung 1990-an, Pretty Woman selain Joyride, Listen To Your Heart dan The Look.

Gandingan penyanyi pop itu amat terkenal sehinggakan album mereka terjual lebih 75 juta di seluruh dunia serta mencatat 19 kali carta Top 40, yang membawa mereka ke puncak kemasyhuran.

“Kematian Marie Fredriksson diratapi suaminya, Mikael Bolyos dan dua anak mereka (Inez Josefin, 26, dan Oscar, 23),” kata keluarganya dalam satu kenyataan dipetik akhbar Mirror.

Mayat mendiang penyanyi itu akan disemadikan dengan hanya dihadiri anggota keluarga, menurut kenyataan sama.

Marie sebelum ini berjuang melawan ketumbuhan otak pada 2002, didiagnosis selepas rebah di rumahnya.

Doktor memberi amaran, beliau hanya memiliki 20 peratus peluang untuk hidup namun berupaya pulih selepas rawatan panjang dan menjerihkan.

Rakan gandingannya, Per juga memberi penghormatan kepada Marie, menulis tweet: “Masa berlalu begitu pantas. Tidak lama dulu kita berkongsi impian mustahil untuk dicapai.

“Impian itu akhirnya dicapai! Saya berbangga bertemu bakat dan kemurahan hati anda. Semua kasih sayang saya ditujukan kepada anda dan keluarga. Segala-galanya tidak akan sama.” 

Sumber: Mirror

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “3 Orang Hubungi Nampak Kelibat Ayah Sedang Wirid..” – Genap 38 Hari Hilang Di Tanah Suci, Anak Kongsi Perkembangan Terkini

Allahuakbar! Min harap semoga ada sinar di penghujungnya dan dipermudah segala urusan ❤️🥹🤲🏻

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Events Wed, 14 Nov 2018
Hiburan Sat, 1 Jul 2023