Hiburan By: SGMS Faida November 25, 2018 @ 9:47am

#SFMM33: Misha Omar Buktikan ‘Otai Masih Berbisa’

Penyanyi Misha Omar mengaku agak gementar untuk kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu selepas setahun berehat.

Bakal membawakan lagu Sampai Bila, Misha berjanji tidak mahu kecewakan peminat yang sudah banyak memberi sokongan terhadapnya selama ini.

“ Melihat kepada tepukan gemuruh yang diterima sebelum menyanyikan Sampai Bila di pentas separuh akhir, saya sedar harapan mereka terlalu besar untuk lagu ini masuk ke peringkat seterusnya.

“ Sokongan mereka ibarat semangat buat saya. Apatah lagi peminat tidak berhenti mengundi sepanjang lagu ini berada di dalam carta. Saya perlu menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, Misha memaklumkan akan membuat persediaan awal terutama dari segi vokal yang bakal dipersembahkan.

“ Saya akan teruskan kelas vokal bersama Datuk Syafinaz Selamat. Sebenarnya petang tadi (sebelum pentas separuh akhir), saya turut mendapatkan bantuan beliau untuk menambah baik beberapa perkara.

“ Untuk tempoh dua bulan ini, saya akan giat berlatih memantapkan kualiti vokal bersama beliau. Macam ke gimnasium, kita kena rajin dan jadikan rutin harian untuk kekal sihat. Insya Allah, saya akan praktik hal yang sama. Insya Allah, saya akan buat yang terbaik. Doakan yang baik kerana dari doa kalian ia akan jadi pemangkin semangat buat saya,” akhirinya.

Lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar merupakan ciptaan Sharon Paul manakala liriknya pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 Jan 2022

Akibat Penggal Kepala Ibu, Suspek Kini Berdepan Hukuman Gantung

Baru-baru ini bapa kepada suspek yang dipercayai memenggal kepala ibunya pada 15 Januari lalu di kediaman mereka yang terletak di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor dikatakan telah memaafkan perbuatan anaknya itu. Namun, harini Mahkamah […]

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

Ziha Salleh Bawakan Dua Genre Dalam Cinta Malam Purnama

Tahniah Ziha dia atas single baharu!

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Pengusaha Kosmetik Di Luar Sana, Jom Debat!

Saya mencabar individu yang dikatakan ‘hebat’ dalam bidang berkaitan suplemen kecantikan ini membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk yang dijual. Ayuh!

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Bang Shi Hyuk Shares Secret on BTS’s Worldwide Recognition And Success

What is the secret behind the success of BTS? BigHit Entertainment CEO Bang Shi Hyuk opens up about how he does things.