Hiburan By: Del14 December 8, 2019 @ 9:42am

Baby ‘D’ Meninggal Dunia…Salam Takziah

“Hari kedua kami di Makkah, Baby D meninggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap saja,” luah pelakon Abby Abadi sedih, selepas anaknya yang dilahirkan pra-matang pada 27 September lalu meninggal dunia, semalam.

Lebih meninggalkan kesan, Abby dan suami, Muhamad Faizal Zakaria kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember.

“Kali terakhir jumpa Baby D sebelum kami pergi menunaikan umrah. Maafkan Mama dan Abah sayang. Tarik kami masuk syurga nanti ya sayang.

“Urusan jenazah akan disempurnakan hari ini oleh keluarga,” tulis Abby.

Muhamad Faizal, menerusi Instagram turut meluahkan rasa reda dengan pemergian anaknya yang diberi nama Muhammad Danial Firman.

Apatah lagi, pada April lalu, Muhamad Faizal pernah meluahkan keinginan memiliki anak sendiri selepas berkahwin dengan Abby.

“Hari kedua kami di Makkah, Baby D meninggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap saja.

“Abah dan Mama reda dengan setiap apa yang Allah tentukan. Sedih sangat sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir.

“Abah tak dapat uruskan Baby D. Maafkan Abah sayang. Abah doakan semoga Allah temukan kita di syurga nanti,” tulisnya.

Terdahulu, Abby melahirkan Baby D seberat hanya 535 gram secara pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ berpunca daripada tekanan darah tinggi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 14 Ogos 2015 dan mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Manakala, menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @abby_abadi112

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Sep 2021

Peminat ‘ARMY’ Teruja, BTS Pop Up Store Pertama Di Malaysia Mula Dibuka 8 September Di 1 Utama

Kekecewaan para peminat kumpulan K-Pop  nombor satu, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang terpaksa membatalkan konsert jelajah Map Of The Soul 7 akibat COVID-19 kini terubat apabila BTS Pop Up Store Showcase dibuka di One Utama mulai […]

Hiburan Sun, 10 Mar 2024
Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Faezah Elai Hanya Perlukan Tudung Labuh, Bukan Fesyen Jenama Mewah

Mula berhijab pada 2015, pelakon Faezah Elai mempunyai caranya tersendiri mengenai cara berfesyen dan menutup aurat. Sering menggayakan tudung labuh, ramai yang memuji caranya menutup aurat selari dengan imej sebenar sebagai seorang muslimah. Baru-baru ini menerusi Instagram, […]

Hiburan Tue, 20 Feb 2018

NABIL AHMAD MAHU UBAH SEJARAH!

Teater yang mahu dipersembahkan di Lambang Sari, Istana Budaya itu tercetus daripada pembacaan sebuah buku sejarah lama berbentuk skrip yang dibeli di Penang dengan harga cuma RM1.

“Saya beli buku itu dengan hanya RM1 sahaja terbitan tahun 1959.

Featured Wed, 6 Oct 2021