Trending By: Syafiqa Irdina March 27, 2020 @ 4:38pm

Berita Baik! RM 500 Diberikan Kepada Individu Bujang Berusia 21 Tahun Ke Atas Dalam Bantuan Prihatin Nasional

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dalam sidang media khas yang dibuat pada jam 3 petang tadi.

Sebanyak RM 250 bilion diberikan peruntukan oleh kerajaan Malaysia dalam Pakej Prihatin ini.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan sedar dan peka terhadap bebanan yang dilalui rakyat dalam keadaan bencana sekarang. Oleh itu, Bantuan Prihatin Nasional  telah dibuat bagi mengatasi bebanan semua orang.

” Seperti yang kita sedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan. Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kita sedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudari terjejas dari segi sumber pendapatan. Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional,” katanya.

Pemberian Tunai Secara One-Off Kepada M40

Pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion disediakan dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Ini termasuklah 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000 akan menerima bayaran RM 500. Sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Bayaran lain yang dibuat ialah:

1. Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

3. Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

 

Dalam pada itu, di akhir ucapannya Perdana Menteri turut meminta sokongan daripada rakyat Malaysia supaya  berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama.

Semoga peluang yang diberikan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan kebaikan bersama.

 

Sumber: Youtube TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Wed, 27 Dec 2023

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai […]

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Tue, 20 Jun 2023