Hiburan By: Del14 December 13, 2019 @ 7:22pm

Rambut Hitam Lebat, Kulit Putih Gebu…Comelnya Aya Soffya!

Pelakon Wawa Zainal berkongsi wajah anak bongsunya, Aya Soffya yang dilahirkan pada 1 Disember lalu, melalui entri di akaun instagram miliknya dan milik Aya, hari ini.  

“Assalammualaikum semua…Nama saya Aya Soffya binti Aeril Zafrel.  Saya dilahirkan pada 1.12.19, sehari sebelum birthday ayah saya..

“Berat saya 2.86 masa lahir.  Muka saya macam kakak Hayla,” tulis kapsyen entri di akaun milik Aya tersebut.

Baca: Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sambut Cahaya Mata Ketiga!

Comel sungguh cahaya mata ketiga pasangan Aeril dan Wawa yang berkulit putih dan berambut hitam lebat ketika dirakamkan semasa sesi ‘newborn photoshoot’ tersebut.

Rata-rata, pengikut-pengikut Wawa juga memuji kecomelan Aya di dalam ruangan komen. 

Lebih menarik lagi, Wawa berkongsi bahawa Aeril telah pun meminta untuk menambah seorang lagi cahaya mata lelaki untuk melengkapi keluarga mereka. 

“Tak sangka ada anak tiga dua ketul tu. @Aeril_zafrel dah minta nak tambah satu lagi lelaki..tapi ingatkan kesakitan nak beranak tu Ya Allah…

“Kali ni beranak paling tak boleh lupa…sakitnya betul-betul hujung nyawa rasa.

“Tapi bila si kecil ni keluar, lega dia tu Subhanallah…lain anak lain pengalaman kan? Tapi orang kata beranak baby girl, sakit dia lain macam betul ke?” tulis Wawa sebagai kapsyen. 

 Terdahulu, Wawa dan Aeril mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar (6) dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa (4). 

Kredit Foto: Instagram @w4w4_zainal & @ayyasoffya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2019

“Bukan Mengandung…Itu Lemak!” – Adira Suhaimi

Takkan lah tak jadi cerai terus nak mengandung? Agak-agaklah kan?

Events Sun, 29 May 2022
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Hyuna Dan E’Dawn Bakal Keluar Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu lagu baru diorang!

Hiburan Tue, 21 May 2019

Selesa Status Duda Alasan Fezrul Khan Tak Cari Calon Bini?

Agak-agak bila Fezrul bakal lepaskan status ‘duda hot’ in town eh?

Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘I Tak Nak Tegakkan Benang Basah’- Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Isteri Aliff Aziz

Oktovia berharap agar masalah antara Aliff dan Bella dapat diselesaikan dengan baik dan mendoakan hubungan pasangan itu pulih seperti sedia kala.