Trending By: SGMS Enal December 15, 2019 @ 5:23pm

Sanggup Redah Hujan Demi ‘Laptop’ Tapi..

“Saya tiada niat nak panjangkan cerita tapi saya ‘viralkan’ (tularkan) perkara ini sebab nak kongsi kepada orang ramai, ini bukan caranya kamu melayan ibu bapa walaupun mereka pernah tersalah cara mendidik atau sebagainya!” kata Zunnur Aiman Nurikhan susulan kisah anak ‘derhaka’ yang didakwa enggan bertemu ibu bapanya.

Lebih menyayat hati, ibu bapa itu dipercayai menaiki motosikal dari Batu Pahat, Johor ke sebuah kolej terletak di Nilai semata-mata kerana mahu menghantar komputer riba atas permintaan si anak.

Dalam perkongsian dibuat Zunnur Aiman di Facebook miliknya, dia berkongsi kisah pertemuan dengan sepasang suami isteri yang sedang berehat dalam keadaan basah kuyup di R&R Ayer Keroh menghala ke selatan kira-kira jam 7 malam, semalam.

“Sebelum itu, saya bersama sekumpulan penunggang motorsikal sudah pun terserempak dengan pasangan itu sedang menunggang ‘skuter’ dari arah Nilai menghala ke selatan.

“Hasil perbualan di R&R, kami dapat tahu mereka baru saja ke sebuah kolej universiti di Nilai sebab nak hantar ‘lap-top’ kepada anak mereka.

“Mereka memberitahu, apabila sampai di kolej, mereka tidak dapat mencari anak dan bila mereka dapat menghubunginya melalui kawan anak, anak mereka hanya meminta untuk meletakkan barang itu di pondok pengawal dengan alasan nanti ada orang akan ambilkan,” kata Zunnur.

Zunnur ketika dihubungi XTRA, memberitahu susulan itu, dia mempersoal tindakan anak mereka yang tidak mahu turun sendiri untuk bertemu dengan ibu bapa sendiri.

Apatah lagi keadaan motosikal pasangan itu rosak seperti tayar bocor, tiada lampu belakang ditambah pula dalam keadaan hujan lebat.

Malah si bapa pula dilihat mempunyai masalah kesihatan dengan terpaksa memakai kantung usus di luar.

“Mereka beritahu hanya berbekalkan RM100 sahaja untuk pergi balik dan kami yang ada di situ kasihan lalu bersepakat untuk ‘escort’ pasangan itu sampai ke rumah mereka.

“Kami terkilan kerana individu itu sebagai anak dan berpeluang pula mendapat pendidikan di kolej tersohor, sanggup dia perlakukan ibu bapanya seperti itu?,” soal Zunnur.

Selepas kisah itu tular, dia memberitahu muncul pula seorang individu meninggalkan komen di perkongsiannya di Facebook yang mendakwa pasangan itu suka memburukkan anak sendiri.

“Ada cakap, ibu bapa individu itu yang salah. Saya tidak mahu ambil tahu pasal perkara itu, perhatian saya ialah ibu tetap ibu.

“Macam mana sekali pun, salah didikan atau ibu kejam, saya tetap berpihak kepada figura seorang ibu. Kalau benar sekali pun, sekurang-kurangnya si ibu masih cuba menunaikan permintaan si anak,” katanyq.

Soalnya lagi, salah atau tidak ibu bapa, seorang anak yang sepatutnya berfikir mengenai apa tindakan yang boleh dikategorikan sebagai derhaka.

Katanya, perkara yang baik dalam dunia tidak akan ada yang setuju 100 peratus tapi dalam konteks kekeluargaan dan agama, ibu bapa adalah yang harus diutamakan.

“Di mana anda letak tahap ‘mindset’ anda itu adalah anda sendiri. Kalau masih nak nak salahkan mak bapa, fikir-fikirkanlah!” katanya.

Oleh : Guy Masaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

Featured Thu, 11 Feb 2021
Trending Wed, 1 Jul 2020

Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Akhirnya Berpisah

Kasihku sampai di sini kisah kita, jangan tangisi keadannya..

Featured Fri, 13 Jan 2023

“Saya Memang Tak Suka Kongsi Hal Peribadi” – Zizi Kirana Selesa Hidup Bersederhana

Penyanyi Zizi Kirana mengakui lebih selesa hidup besederhana dan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrain di media sosial. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 38, […]

Trending Fri, 3 Apr 2020
Trending Wed, 21 Apr 2021

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19. Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan. “Saya baru […]

Featured Mon, 15 May 2023