Hiburan By: Del14 December 11, 2019 @ 2:00pm

Sharifah Sakinah Gesa Pengguna Lebih Peka Dengan Pemasaran Produk!

Pelakon Sharifah Sakinah terkejut apabila ‘dry shampoo’ yang dibeli dan diguna pakai telah merubah rambutnya menjadi putih, seakan-akan beruban! 

Namun demikian, Sakinah mengatakan dia tidak menyalahkan produk atau pemasaran produk tersebut kerana mengakui ia timbul dari kesilapan diri sendiri yang kurang peka dengan taktik pemasaran.

“Perhatian! Perhatian! Saya kena tipu! Kena con ke?

“Bukan! Kena tipu dengan pemasaran! Rambut saya terus bertukar menjadi warna putih selepas menggunakan ‘dry shampoo’ ini. 

“Malah pembungkusannya cantik dan baunya wangi, jadi saya pun teruja dan terus memberi shampoo tersebut dan sembur atas rambut saya, tak perlu dibasuh katanya. Terus beruban,” tulis Sakinah di dalam kapsyen. 

Tambahnya, pengguna harus lebih peka dan berhati-hati bila membeli produk kerana takut terpedaya dengan strategi pemasaran sesuatu produk. 

“Ini adalah contoh terbaik jangan terpedaya dengan produk dan pemasarannya ye. Saya salahkan diri saya sendiri.

“Jadi para pengguna kena berhati-hati dengan apa yang kamu makan, minum atau pakai di atas kulit ya, jangan beli semata-mata hanya berdasarkan apa yang dikatakannya. Kita harus berfikir dengan lebih teliti,” kata Sakinah lagi. 

Meninjau ke ruangan komen, ada pengikut Sakinah yang berkata pelakon drama rantaian Amira Rose ini tidak tahu cara pemakaian ‘dry shampoo’ yang betul sehinggakan meninggalkan kesan-kesan putih ala beruban di rambutnya. 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan ‘dry shampoo’ bukan topik sebenarnya yang ingin ditimbulkan oleh Sakinah kerana dia sebenarnya sedang bercerita tentang produk ‘overclaimed‘. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021

Lelaki Lagi Rela Dipenjara Daripada Tinggal Bersama Isteri

Seorang lelaki yang tidak tahan tinggal bersama isterinya menyerah diri di balai polis dan meminta dipenjara bagi menjalani kehidupan yang lebih ‘tenang’. Memetik laporan daripada Wionews, lelaki yang berasal dari Albania, 30, sebelum ini diperintahkan […]

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

NABILA RAZALI KENA TUMBUK?

Nabila sendiri terkejut kerana menerima mesej berbaur ugutan di laman twitter beliau yang mengatakan ada seorang individu yang mahu menumbuk mukanya

Featured Fri, 2 Dec 2022
Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Taufiq Hanafi Jadi Penggali Kubur?

Dah tak nak berlakon ke?

TECH Wed, 17 Oct 2018

Nightstream is a New Game You Must Check Out

The game features multiple playable characters, each with their own personalities, motivations, and musical themes!