Hiburan By: SGMS Faida September 23, 2019 @ 12:20am

Tahniah…Mira Filzah Bintang Paling Popular!

Pelakon dan pengacara Mira Filzah muncul sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32, tahun ini.

Mira ketika ditemui di sidang media pemenang ABPBH32 sebentar tadi meluahkan rasa syukur dengan sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

“Saya tak menjangka kemenangan ini kerana melihat senarai pencalonan semua mempunyai kelebihan dan pengikut yang ramai.

“Saya anggap ini rezeki dari Allah dalam masa sama pemangkin untuk saya berusaha lebih keras dalam lakonan,” katanya.

Akui Mira, dia menyifatkan kemenangan berpihak kepadanya memandangkan drama dan filem baru sahaja ditayangkan.

“Mungkin itu juga salah satu faktor kemenangan besar pada malam ini.

“Saya juga tidak menolak watak sebagai gadis bisu menerusi drama lakonan Sweet Dreams meninggalkan impak besar seterusnya membawa kemenangan ini,” ujarnya.

Mira turut membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Aliff Syukri Sumbang RM 1.5 Juta Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

Alhamdulillah…Semoga terus dimurahkan rezeki Datuk Aliff!

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023