Hiburan By: SGMS Faida September 23, 2019 @ 2:33pm

“You All Takkan Percaya What Happened’- Aishah Kongsi Cerita Belakang Pentas ABPBH32

Di sebalik persembahan penyanyi Aishah di ABPBH 32 malam tadi, rupanya tersimpan sebuah cerita yang boleh dijadikan kenangan istimewa.

Menurut Aishah, dia bergegas ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai membuat persembahan di Singapura, pagi semalam. 

“Flight sampai ke KL dalam jam 11.30 pagi dan jadual penuh dgn soundcheck dan dry run program,selepas tu bergegas balik ke hotel, sekerat jalan baru perasan handphone I tertinggal, lintang pukang pusing balik cari phone, nasib baiklah jumpa.

“Kemudian terus balik ke hotel, mandi solat dan mula make up and bersiap utk red carpet.Bila kami dpt duduk di belakang stage, tunggu punya tunggu you all takkan percaya what happened,” ceritanya di Instagram. 

Akui Aishah, disebabkan terlalu penat menghadiri raptai seharian suntuk, dia terlelap di belakang pentas. 

“Kami berdua terlelap. Itu dia, artiste vintage nak join event orang muda,boleh terlelap menunggu turn. Bila dah dekat nak turn perform, I bangun rasa mcm nak pitam kerana terlalu penat.

“Cabaran betul masa tu…then just seminit sebelum nak naik, abang maybe tengok I lain mcm je, bisik kat I ‘ Sayang boh habis-habisan nyanyi…macam satu suntikan semangat…yes, dlm.kepala masa tu berkata…jom kita gegarkan tempat ini,to give the best performance I can,” ujarnya. 

 
 
 
View this post on Instagram

Ada cerita di sebalik gambar ni hahaha…gambar ni diambil semasa kami menunggu di belakang stage.Sesudah red carpet, I pulak tukar baju,make up pun touch up mengikut kesesuaian baju.Kebelakanga ni memanglah agk sibuk,semlm.pun ada persembahan di Singapore.Flight sampai ke KL dlm jam 11.30 pagi dan jadual penuh dgn soundcheck dan dry run program,selepas tu bergegas balik ke hotel,sekerat jalan baru perasan handphone I tertinggal,lintang pukang pusing balik cari phone,nasib baiklah jumpa.Kemudian terus balik ke hotel,mandi solat dan mula make up and bersiap utk red carpet.Bila kami dpt duduk di belakang stage,tunggu punya tunggu you all takkan percaya what happened????Kami berdua terlelap????Tu dia,artiste vintage nak join event orang muda,boleh terlelap menunggu turn.Bila dah dekat nak turn perform,I bangun rasa mcm nak pitam,kerna terlalu penat.Cabaran betul masa tu…then just seminit sebelum nak naik,abang maybe tengok I lain mcm je,bisik kat I ‘masa kat GV4 finals,sayang boh habis2an nyanyi…macam satu suntikan semangat…yes,dlm.kepala masa tu berkata…jom kita gegarkan tempat ini,to give the best performance I can.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Rata-rata peminat Aishah memuji kemerduan suara penyanyi lagenda ini. Masih mantap beb! 

ABPBH 32 menyaksikan pelakon dan pengacara Mira Filzah meraih gelaran Bintang Paling Popular dengan 6,320,463 undian sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya, Khai Bahar yang dilihat berpotensi besar mengungguli trofi tu.

Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 10 Jul 2018

Watch Professional Lion Dancers Battle it Out in this Year’s Championship

There are more than 30 troupes from all over the world competing.

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Ini Bukan Sahaja Menghina Tetapi ‘Down Grade’ Agama! ” – Ustaz Abdullah Khairi Perjelas Hukum Malukan Agama Islam Demi…

Better dengar Sembang Viral ni, banyak info dan ilmu yang kita boleh belajar. Jangan Dengar benda laghaa je…💥💥💥

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

Mudah! Ikuti Langkah Ini Untuk Tukar Filter Instagram Anda Ke ‘Dark-Mode’

Jom lihat cara-cara untuk tukar Instagram ke Dark-Mode!

Hiburan Thu, 23 Nov 2023
Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tak Sia-Sia Bawa Pelamin Ke Pentas AJL 33, Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik

Menerusi tinjauan kami di laman Youtube TV3, video persembahan yang mendapat standing ovation membuatkan persembahan ini turut trending di Twitter.