Hiburan By: SGMS Faida March 25, 2019 @ 11:06am

Zulin Aziz Rakam Muzik Video Single Kedua Di Tanah Suci

Pelakon dan penyanyi Zulin Aziz meluahkan rasa syukur apabila niatnya untuk mengerjakan Umrah bersama keluarga dan rakan tersayang akhirnya terlaksana.

Zulin ketika ditemui di konsert minggu keempat Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB2019) malam tadi memohon agar peminat mendoakan kesihatannya sentiasa baik di sana nanti.

“ Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya untuk ke sana bersama ahli keluarga dan teman baik kali ini. Saya mohon agar jika saya ada tersalah silap, mohon diampunkan. Doakan agar urusan untuk beribadah di tanah suci lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada XTRA.

Difahamkan, Zulin dan rombongan berangkat ke tanah suci pada jam 11 pagi hari ini.

Sementara itu, bekas penyampai radio Suria FM ini juga memaklumkan bakal tampil dengan single terbaharu pada April depan berjudul Jadikan Aku Yang Halal. 

“ Lebih istimewa, saya bakal menjalani penggambaran single ini di tanah suci memandangkan sesuai dengan konsep lagu iaitu ketuhanan. Jika tiada aral, Insya Allah lagu akan keluar sekitar April nanti,” akhirinya.

Terdahulu, Zulin pernah tampil dengan single Dan Ketika Itu selepas rancangannya untuk berkahwin dengan jejaka asal Indonesia terkandas.

Lebih menarik, muzik video lagu itu memaparkan Zulin dalam busana dan duduk di atas pelamin yang sepatutnya digunakan pada majlis resepsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] “Kelakar, Bincang Tarikh Putus Cinta Macam Anniversary” – Netizen Kagum Erra Fazira & Datuk Awie Macam Best Friend

Alahai sweetnya Erra dengan Awie! Best kan ada friendship macam ni? Dua dua masuk air hehe

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Hiburan Thu, 9 Aug 2018

Emma Tak Risau Dengan Gelaran Ratu…

Tak ada apa yang perlu saya risaukan sekiranya orang label saya sebagai Ratu Telenovela (memandangkan dah dua kali menang kategori sama)

TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Heboh Berita Telah Meninggal Dunia, Farahdhiya Mohon Berhenti Permainkan Isu Kematian

Allahuakbar, terkejut min! Dah jadi trend ke sekarang ni 🥵