Fab Foodies! By: SGMS Enal October 3, 2019 @ 3:22pm

Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #Biarbetuliklanni!

Ledakan teknologi moden telah memberikan impak yang amat besar kepada pengguna khususnya dalam sektor kesihatan. Hasil perkembangan teknologi ini dapat dilihat melalui pekembangan aktiviti-aktiviti dan iklan-iklan yang berkaitan kesihatan. Pada masa yang sama, mekanisme perniagaan secara konvensional telah beralih kepada perniagaan secara dalam talian termasuklah penjualan ubat-ubatan yang semakin berleluasa.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius penjualan ubat-ubatan secara dalam talian dan pengiklanan ubat-ubatan dengan pelbagai tuntutan yang diragui kesahihannya. Pengguna didedahkan kepada risiko mendapat ubat tidak berdaftar, ubat tiruan dan ubat dicampurpalsu Racun Berjadual yang boleh mengancam nyawa. Justeru pengguna perlu berwaspada apabila membuat pembelian ubat dalam talian.

Atas dasar ini, KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi terus mempergiatkan usaha dalam memberikan kesedaran kepada pengguna melalui Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian sepanjang Oktober 2019. Kempen kesedaran dengan tag line #biarbetuliklanni! akan turut dijalankan sewaktu Program Santuni Rakyat, Kenali Ubat Anda pada 5 Oktober 2019 di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor.

Kempen ini diadakan bertujuan memberi pendidikan kepada pengguna tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian dan membolehkan mereka membuat pertimbangan wajar dengan menyemak terlebih dahulu semua maklumat yang terkandung dalam iklan ubat di Internet.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kempen ini adalah sebaran infografik di laman sosial rasmi KKM, sebaran mesej melalui aplikasi Whatsapp, ceramah, pameran dan wawancara di radio dan televisyen.

Hashtag #biarbetuliklanni! merupakan tag line yang dipilih dalam kempen ini bertujuan untuk menerapkan kewaspadaan di kalangan pengguna supaya tidak mudah percaya iklan-iklan ubat dan pelbagai testimoni yang meragukan di internet. Pengguna juga digalakkan untuk turut sama menularkan infografik waspada pembelian ubat dalam talian serta tagline #biarbetuliklanni! bagi tanda sokongan terhadap kempen ini.

Melalui kempen ini juga pelbagai tips yang berguna sebelum membuat pembelian ubat dalam talian dapat diaplikasikan iaitu pengguna perlu menyemak terlebih dahulu status pendaftaran ubat-ubatan dengan memastikan ubat-ubatan tersebut telah berdaftar dengan KKM. Seterusnya membuat semakan pengiklanan ubat-ubatan tersebut dan memastikan pengiklanannya telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU). Orang awam boleh merujuk Ahli Farmasi iaitu ‘Rakan Ubat Anda’ sekiranya benar-benar ingin membuat pembelian ubat-ubatan melalui dalam talian.

Orang awam dan pihak media boleh mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat mengenai penjualan atau pengiklanan ubat dalam talian yang disyaki meragukan melalui laman sesawang https://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat https://moh.spab.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak KKM bagi membanteras penjualan dan pengiklanan produk-produk dilarang di pasaran.

Waspada pembelian ubat dalam talian.

#biarbetuliklanni!

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 Jun 2021

Fasih Cakap Melayu & Bijak, Duta Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan Ramai

Ketika negara masih dilanda pandemik Covid-19 dan lockdown, negara Amerika Syarikat telah bertindak membantu Malaysia dengan menghulurkan  bantuan tambahan  kesihatan. Menerusi perkongsian video oleh kedutaan Amerika Syarikat di Facebook, Duta Besar A.S ke Malaysia Brian […]

Fab Foodies! Wed, 16 Jan 2019

Why Not Celebrate Chinese New Year and Valentine’s Day in Hong Kong

Featuring amazing hospitality and food from The Upper House.

LIFESTYLE Fri, 25 Oct 2019

Kenapa Waktu Tidur Badan Kerap Berpeluh, Rimasnya!!

Beberapa keadaan berikut boleh berlaku disebabkan beberapa masalah kesihatan

Fab Foodies! Tue, 7 May 2019
Fab Foodies! Fri, 17 May 2019

Get Your Senses Tingled with Amazing Food and Drinks at The Wonderarium

The first of The Wonderarium events kicks off on 14 and 15 June at Babe, features a menu highlighting new ways to experience Umami & Smoke flavours.

LIFESTYLE Wed, 21 Mar 2018

「融合剪纸和景物」插画家把风景变时装

Shamekh Bluwi,一位来自约旦建筑师兼时装插画家,擅长运用云朵、建筑物,以及日常生活中常见的景致,来装饰他的剪纸礼服。

Events Fri, 7 Sep 2018

Wow…Ini Rupanya Rahsia Syed Saddiq Kekal Cergas!

Di sebalik kesibukan Menteri paling muda ini, beliau tidak pernah mengabaikan kesihatannya. Paling penting, beliau akan ke gym sekurang-kurangnya satu jam setiap hari. Beliau sudah, anda bila lagi?

Contest Fri, 18 Oct 2019

Stand A Chance To Be Up Close and Personal with KARD now!

ASICS combining with KARD to bring front bolder and more striking colourways for GEL-BND™ sneakers.

LIFESTYLE Thu, 2 Aug 2018

Cara Hilang Stress Berpanjangan

Jangan di simpan didalam hati kerana stress atau ‘depression’ boleh membunuh dalam diam

Fab Foodies! Fri, 12 Oct 2018

Manfaat Dicampurkan Kayu Manis Dan Madu

Setiap 1 sendok teh kayu manis mengandung 19 kalori, 4 gram serat, kalsium, zat besi, vitamin K, dan mangan