Filem By: Salma Syahbuddin November 15, 2018 @ 11:50am

10 Fakta Menarik Dalam Mocha Kau Bahagia 2 Yang Wajib Korang Tahu!

Ramai yang semakin menggilai siri drama Mocha Kau Bahagia 2 (MKB2) yang menampilkan gandingan pelakon popular seperti,  Syafiq Kyle, Farah Nabilah, Syafie Naswip, Eyra Hazali dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat. Sejak musim pertama drama ini, karakter Syafiq Kyle sebagai Firdaus membuatkan orang percaya yang beliau memang betul-betul seorang barista! Hebat betul Syafiq ni kan?

So, istimewa kali ini, xtra nak kongsikan dengan korang semua, beberapa trivia menarik sepanjang pembikinan drama bersiri Mocha Kau Bahagia 2. Let’s check it out!

  1. DUA LOKASI BERBEZA?

Tak sangka kan? Penggambaran MKB2 sebenarnya dijalankan didua lokasi yang berbeza. Dua lokasi tersebut adalah di McDonald’s Taman Connaught, Cheras dan McDonald’s Putrajaya.

Penggambaran didua lokasi ini adalah untuk menunjukkan suasana dan keadaan sebenar di dalam dan di luar McDonald’s. Mesti korang tak perasan kan? Jadi, kepada semua peminat #MochaKauBahagi2 lepasni korang bolehlah ‘usha’ sama ada McDonald’s yang korang pegi tu adalah McDonald’s Taman Connaught, Cheras ataupun McDonald’s Putrajaya. Sambil-sambil tu, bolehlah korang feeling macam dalam drama MKB2.

    2. McCAFE TRADEMARK PERCINTAAN MELUR DAN FIRDAUS

Sumber : Instagram @farahnabilahofficial

Apa lah agaknya yang trademark sangat tu? Sebenarnya, Farah Nabilah sempat kongsikan tentang kisah disebalik MKB1 sehinggalah MKB2.  

Mana taknya, disebabkan kejayaan MKB, McCafe sudah menjadi trademark kisah percintaan antara Firdaus dan Melur. Yelah, setiap kali peminat beliau purchase kopi di McCafe, pastinya mereka akan tag Farah Nabilah di Instagram! #Wow! Hebat sungguh penangan MKB ni kan?

   3. BELAJAR BAHASA ISYARAT DALAM MKB2!

Ini satu lagi trivia menarik yang patut xtra kongsikan dengan korang semua! Tahu tak, pelakon seperti Eyra Hazali, Fatimah Abu Bakar dan Syafie Naswip  sebenarnya diberikan tunjuk ajar dalam mempelajari bahasa isyarat oleh tenaga pengajar professional tau!

Dan, kalau betul korang peminat setia MKB2, pastinya korang menyedari kehadiran pelakon Eyra Hazali, yang membawa watak sebagai seorang yang bisu? Tahu tak, sebenarnya watak Erin ni adalah salah satu cara untuk McDonald’s mendedikasikan golongan kelainan upaya (OKU) supaya golongan ini sama seperti manusia biasa. Haa, tu pasal lah, kalau korang dah tengok episod 3 baru-baru ini, korang mesti perasan Eyrin (Eyra Hazali) ada menggunakan kiosk untuk memesan kopi kegemarannya. Kalau korang nak tahu, mesin yang digunakan tu dipanggil sebagai Kiosk Digital.

Tujuan Kiosk Digital ini disediakan adalah untuk memberi kemudahan dan memenuhi keperluan pelanggan untuk membuat pesanan di restoran McDonald’s. Korang pun boleh cuba nanti!

    4. EVERY CUP OF COFFEE, IS A REAL CUP COFFEE!

Next trivia guys! Kalau kita lihat dalam scene MKB2, setiap air kopi yang dihidangkan semasa penggambaran adalah air kopi sebenar dan bukan Fake! Ye, ini bagi memastikan pelakon dapat menghayati setiap scene dengan real. Al-maklumlah, selalunya kan dalam scene drama je, mesti orang akan ingat scene minum je, mesti kena berpura-pura minum. Tapi tidak dalam MKB2! Every cup of coffee, is a real cup of coffee okay! Dan, setiap kopi yang korang pesan tu adalah betul-betul baru di brew tau! Tu pasal lah, kalau korang order McCafe, korang akan dapat rasa kopi yang fresh.

    5. SERIUS LAH, INI SCENE PALING SUSAH BUAT FARAH NABILAH

Betul! Scene menangis adalah scene paling susah buat Farah Nabilah. Mana taknya, masuk je hari pertama penggambaran, beliau sudah diminta untuk menangis. Haih, inilah cabaran sebagai seorang pelakon kan? Tapi, apa yang patut dipuji, Farah bukan sahaja professional dalam membawakan watak beliau, malah scene tersebut juga berjaya dengan hanya sekali take sahaja tau. Tahniah Farah!

   6. LAMARAN PALING EPIK! 

Yes! Walaupun Daus tu nampak macam gabra, tapi bab lamaran dia memang champion! Siapa ingat masa Firdaus melamar Melur dalam kereta? Epik kan! Scene ini dilakukan pada waktu tengah malam and you know what? Memang Farah Nabilah tak tau pun sebenarnya ada cincin di bawah cawan McCafe tu! Pengarah saja je, nak rahsiakan scene ni. Semuanya untuk dapatkan feel yang terbaik dari Farah. Alaaa so sweet! Lepas ni, kalau boyfriend korang proposed korang guna cara ni, korang tau lah mana diorang dapat idea ni kan?

   7. SCENE TAMPAR FARAH NABILAH DAN SYAFIQ KYLE. INI REAL OKAY!

Pergh! Ini serius okay! Adegan Farah Nabilah menampar Syafiq Kyle sebenarnya untuk menjiwai watak masing-masing. Yelah, mereka kan professional.  Lagipun, dalam MKB2 ni, kedua-duanya pun pasangan kekasih, jadi mesti ada konflik yang berlaku antara mereka. Oppsss! Kalau tak, takkan lah, Melur sengaja nak tampar Firdaus kan? Tapi, sakit kot!

   8. TAK TAHU PULAK SYAFIE NASWIP BOLEH BUAT KOPI

Haa, jangan pandang sebelah mata tau, kalau Syafie Naswip terkenal dengan wataknya yang selalu membawakan watak-watak sedih sehingga terkesan di jiwa setiap masyarakat. Kali ini, lain pulak ceritanya, pelakon hebat macam Syafie Naswip pun pandai buat kopi. Yelah, dalam MKB2 ni, Syafie bukan sahaja memegang watak sebagai seorang barista, tetapi, beliau juga turut diminta  menyediakan kopi bagi setiap scene melibatkan diri beliau. Wah, Menarikkan?

   9. LAGU-LAGU YANG BEST!

Ini adalah antara fakta yang menarik, yang patut xtra kongsikan dengan semua. Mesti korang perasan lagu-lagu dalam MKB2 kan? Theme song Mocha Kau Bahagia dinyanyi dan digubah semula oleh Amylea. Amylea diberikan skrip untuk beliau menghayati dan terus mengubah semula lagu asal mengikut jalan cerita. Sebenarnya lagu asal adalah Fantasia Bulan Madu yang dinyanyikan oleh Search. Sedapkan? Sesuai dengan mood drama ini. Banyak lagi lagu-lagu menarik seperti Jatuh oleh Liyana Fizi dan Haruskah Ku Pergi oleh Dato’ Sheila Majid. Haa, sambil nonton MKB2, bolehlah korang feeling dengar lagu- lagu best!

   10. KORANG RASA FIRDAUS BERJAYA KAHWIN DENGAN MELUR TAK?

Trivia terakhir, berjaya kah Firdaus kahwin dengan Melur? Walaupun sudah 3 tahun declare dengan Melur, Firdaus kelihatannya masih takut akan sebarang komitmen. Termasuklah perkahwinan. Yelah, nak melamar Melur pun ambil masa yang agak lama kan? Hurmm.. Semua persoalan, marah, sedih, akan terjawab di dalam episod akhir

Kepada korang yang busy dan tak sempat nak tengok TV kat rumah, jangan risau korang boleh menyaksikan kesemua episod Mocha Kau Bahagia 2 di YouTube TV3Malaysia

Atau, korang boleh saksikan disebalik tabir pembikinan drama Mocha Kau Bahagia 2, scene yang kelakar, Trailer dan kesemua gambar pelakon kesayangan korang sepanjang penggambaran drama ini dengan hanya memuat turun Aplikasi dibawah!  

Android: http://bit.ly/mcdappandroid
iOS: http://bit.ly/mcdappios 

Sambil-sambil tu bolehlah korang minum Mocha!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Mon, 26 Feb 2018

第二季《看见你的声音》寻找「独特」嗓音的你!

你喜欢唱歌,但你的歌喉却经常让大家觉得受不了?马来西亚版《看见你的声音》第二季即将重磅回归,制作组正在挖掘自认有才华、又能唱的奇人异士!

Filem Fri, 16 Mar 2018

6 Filem HITS Pecah Panggung Mac Ini!

Tonton dengan kerjasama HITS membawakan filem-filem klasik Hollywood yang menggabungkan kesemua rancangan terbaik dalam satu program. Filem yang bakal ditayangkan pada hujung minggu ini merupakan filem-filem blockbuster yang pastinya membawa anda mengimbau zaman era kegemilangan filem-filem klasik dalam siaran berdefinisi tinggi

Filem Sat, 14 Sep 2019

四导师倾力献唱!好声音学员齐聚

今年花好月圆时节《中国好声音》四位导师——王力宏、那英、庾澄庆、李荣浩将携手《好声音》的优秀学员们,与全球的华人朋友们一起共度中秋。

Filem Tue, 20 Feb 2018

评价最高超级英雄片!《黑豹》刚上映即打破5项纪录

今年的第一部超级英雄电影就是漫威的《黑豹》(Black Panther),上映前就话题十足,不仅影影后组成的超强卡司,该部电影还获得外媒一致好评,才刚上映票房成绩就非常亮眼,打破5项纪录!

Filem Mon, 2 Jul 2018
Filem Fri, 30 Aug 2019

《中国好声音》第二场导师对决!哈林战队能否摆脱「少人困境」

在盲选阶段,那英战队收获了十三位实力唱将,而哈林战队仅有7人。本来便人数最少的哈林战队,本周能否逆袭战胜那英的“小二班”,保全本来就为数不多的人马呢?

Filem Fri, 13 Sep 2019

《中国好声音》进入导师决战!封印权将如何左右战局

经过严格的录音棚考核后,2019《中国好声音》四个战队的22名学员将进入今晚的「导师决战」环节。残酷的对决结束后,只有11位学员能够留下,一半人将离开这个舞台。

Filem Tue, 3 Dec 2019
Filem Tue, 29 Jan 2019

林德信自爆来马拍摄被骗!林明祯片中爆粗?

林德信自爆来马拍摄《玩转全家福》被骗全裸?「女神」林明祯豁出去不顾形象爆粗?

Filem Wed, 6 Feb 2019

八度空间【年初二】新春节目时间表

八度空间2019己亥猪年【正月初二】强档新春节目大放送!